[VIDEO] Kenderaan ditarik kuasa mistik, itu keunikan magic spot di Gunung Aragat yang ramai kagum
![misteri graviti sifar](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2021/09/Untitled-design1438.jpg)
![misteri graviti sifar](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2021/09/Untitled-design1436.jpg)
![misteri graviti sifar](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2021/09/Untitled-design1437.jpg)
![misteri graviti sifar](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2021/09/Untitled-design1439.jpg)
![misteri graviti sifar](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2021/09/Untitled-design1440.jpg)
PERCAYA atau tidak, terdapat lokasi pelancongan di seluruh dunia yang menjadikan elemen misteri sebagai tarikan utama buat pengunjung untuk terus ke sana.
Sudah tentunya, fenomena luar biasa yang jarang-jarang berlaku itu mampu menarik perhatian ramai, malah secara tidak langsung membantu mempromosikan tempat yang mungkin dilihat biasa-biasa saja.
Sebagai contoh, laluan di kaki pergunungan yang terletak di Armenia.
Sekali pandang, sesiapapun tidak menyangka laluan bertar yang dikelilingi tanah kosong itu mempunyai sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Perkongsian @lucaggallone dalam akaun Instagram membuatkan ramai terkesima dengan keunikan kawasan yang mempunyai graviti sifar di Gunung Aragat di Armenia itu.
Negara yang popular dengan keindahan gunung-ganang dan panorama bandar bersejarah tersebut sebenarnya menyimpan misteri yang sehingga kini berjaya menarik orang ramai untuk terus bertandang ke sana.
Terdapat magic spot pada laluan kaki gunung berkenaan yang membuatkan ramai sanggup datang dari jauh semata-mata mahu melihat sendiri keajaiban yang sering diperkatakan itu.
Disebabkan sifar graviti, kenderaan yang melaluinya boleh mengundur secara mendaki. Bukan menurun ya!
Siap dengan tanda X bagi memudahkan orang ramai mengecamnya.
Bagi anda yang berpeluang melancong ke sana suatu hari nanti, bolehlah mencuba untuk meletakkan kenderaan pada mod neutral.
Apa yang akan berlaku? Kenderaan tersebut seolah-olah ditarik ke belakang ke arah laluan mendaki seolah-olah melawan graviti sedia ada.
Pelikkan? Ramai yang menonton video pendek tersebut juga terkejut dan tidak percaya melihat situasi aneh itu.
View this post on Instagram
Sebenarnya, bukan setakat negara Armenia saja mempunyai keunikan tersebut, malah di Malaysia pun memiliki laluan graviti sifar iaitu di Sabah.
Kawasan yang dipanggil Bukit Ajaib itu terletak di laluan lebuh raya Keningau - Kimanis yang dikatakan sering berlaku kemalangan maut.
Pun begitu, carian SinarPlus di media sosial mendapati fenomena misteri itu sebenarnya adalah graviti terbalik.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Terdapat juga kajian tertentu yang mengatakan ia hanyalah ilusi optik yang mana jalan tersebut sebenarnya laluan menurun, namun dikelirukan dengan keadaan sekeliling.
Lapor tribunnews.com, terdapat beberapa negara yang popular dengan keunikan graviti terbalik atau graviti sifar yang menjadi elemen pelancongan di sana.
Antaranya:
1. Air terjun terbalik di Hayfield, United Kingdom
2. Batu emas di Myanmar
3. Empangan Hoover di Nevada, Amerika Syarikat
4. Pulau Jeju, Korea Selatan
5. Bukit Magnet, Australia
6. Spook Hill, Florida
7. Batu Davasco, Argentina
Wah! Bukan satu tetapi banyak lagi tempat tumpuan yang memiliki keistimewaan yang boleh dilawati jika larangan merentas negara ditamatkan nanti.
Sudah pasti Pulau Jeju yang popular sebagai lokasi penggambaran filem dan drama itu menjadi senarai wajib pergi kerana terdapat pelbagai tarikan di sana.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang