[VIDEO] Pelanggan batalkan pesanan 60 kotak nasi, viral video peniaga menangis sambil memasak tempahan itu

A
A
A

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh dikatakan lebih ramai yang suka memesan makanan berbanding keluar membeli jika tidak memasak di rumah.

Bukan sahaja memudahkan, malah ia juga demi keselamatan diri dan bagi memutuskan rantaian virus Covid-19.

Di samping itu, dapatlah kita membantu peniaga kecil untuk menjana pendapatan bagi menyara keluarga mereka.

Gara-gara pendemik itu juga, kebanyakan peniaga terpaksa mencari alternatif lain untuk meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing.

Jika dilihat, kebanyakan mereka terpaksa berniaga menerusi platform online termasuklah produk makanan. Jika hanya mengharapkan jualan di premis semata-mata, memang tidak mampu untuk menampung kos operasi.

Namun begitu, entah mengapa masih ada segelintir orang yang kurang prihatin apabila membatalkan pesanan makanan pada saat-saat akhir. Lebih teruk, jika ia melibatkan tempahan dalam kuantiti yang banyak.

Demikian ujian yang berlaku kepada seorang peniaga makanan di Indonesia.

Baru-baru ini tular video lelaki berkenaan sedang menangis ketika memasak hidangan. Bayangkan, peniaga tersebut menerima tempahan 60 kotak nasi daripada pelanggan.

Begitupun, pada saat-saat akhir, pelanggannya membatalkan pesanan tersebut. Video berkenaan menjadi tular di media sosial.

Memetik portal hot.liputan6.com, menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @heppy08 kelmarin, lelaki berkenaan sedang menangis sambil memasak hidangan yang ditempah oleh pelanggan.

Ekspresi wajah peniaga itu menarik perhatian warganet kerana masih tetap gigih meneruskan masakan itu walaupun pesanan telah dibatalkan.

Baca juga A la carte platform bantu peniaga online terjejas untuk bangkit semula

Keterangan yang dikongsikan dalam video berkenaan membuatkan warganet dihambat dengan perasaan penuh emosi. Masakan tidak, pelanggan tadi menuntut wang depositnya!

Peniaga menangis

“Bayangkan kalian dalam posisi dia. Bagaimana sedihnya hidangan nasi yang sudah dipesan sebanyak 60 kotak tiba-tiba dibatalkan pesanan?

“Padahal dia meminjam ke sana ke mari untuk belanja kerana wang deposit yang diberi tidak cukup. Tiba-tiba saja pesanannya dibatalkan oleh pembelinya.

“Wahai pembeli, bayangkan kau dalam posisi orang susah begini. Lihat tangisannya, apakah kau sampai hati melihatnya?,” tulis keterangan dalam kapsyen video berkenaan.

Malah, pemilik akaun @heppy08 turut tidak sampai hati melihat lelaki itu menangis mengenangkan nasib diri.

“Di mana dia mendapatkan pinjaman untuk menggantikan wang deposit yang telah kamu berikan, pemberi yang dihormati.

“Sampainya hati kamu menyuruh dia mengambalikannya (wang deposit itu),” tulis @heppy08.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita yang menemani lelaki yang tidak disebutkan namanya itu.

Wanita itu menyatakan, dirinya tidak tahan melihat peniaga itu bersedih dan kecewa.

"Aku berusaha menghiburkan dia. Aku tak sanggup melihat dia menangis, kecewa seperti itu. Dia bingung mahu ganti pakai apa wang yang dipinjamnya itu," katanya sebagaimana dipetik menerusi keterangan pada video berkenaan.

Peniaga menangisKepada Serambinews.com, pemilik nama Instagram Happy Manik berkata, pemuda tadi reda dan ikhlas dengan kejadian yang menimpanya serta enggan perkara itu dipanjangkan lagi.

Katanya, mujurlah lauk-pauk yang telah dimasak itu telah dibahagikan kepada orang yang memerlukan. Salah satunya diberikan kepada masjid.

“Makanannya sudah disumbangkan kepada anak yatim. Ada sebahagiannya diagihkan di masjid. Semoga ia menjadi jalan pintu rezeki dibukakan untuknya,” kata Happy.

Banyak kali kita melihat insiden seperti itu berlaku. Justeru, kepada anda di luar sana, bertimbang rasalah dengan keadaan orang lain kerana kita tidak tahu bagaimana situasinya jika berada di tempat mereka.

Ambil pengajaranlah daripada kisah ini. Semoga ia menjentik diri kita untuk menjadi insan yang bertimbang rasa kepada orang lain.

https://www.tiktok.com/@heppy08/video/6923940829312732417?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6916733317400987137

Sumber: TikTok @heppy08, hot.liputan6.com & Serambinews.com

Foto & Video: TikTok @heppy08

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang