JIKA di Malaysia, kedai serbaneka popular yang beroperasi 24 jam sehari adalah 7-Eleven yang mana orang ramai gemar berkunjung untuk membeli barangan runcit.

Tambahan pula 7-Eleven turut menawarkan perkhidmatan pembayaran bil di kedainya di seluruh negara dan menyediakan perkhidmatan pembayaran secara online.

Selain itu antara tawaran barangan yang popular ada dijual di 7-Eleven termasuk produk label persendirian seperti Slurpee iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.

Apa yang menarik, disebabkan oleh ia beroperasi 24 sehari, kita boleh membeli minuman tersebut dengan mudah pada bila-bila masa sahaja yang kita inginkan.

Penawaran itu pastinya menjadi salah satu kepentingan dalam hidup ramai orang terutamanya mereka yang hidup bersendirian dan juga para pelajar yang gemar berjaga malam.

Namun biasanya barang-barang yang dijual di kedai-kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam dilihat sedikit mahal jika dibandingkan dengan pasar raya.

Mana tidaknya, mereka perlu menggaji pekerja yang ditugaskan untuk berkerja pada waktu malam mengikut syif yang dijadualkan secara bergilir.

Berbeza pula dengan keadaan di Korea yang mana kedai serbaneka mereka langsung tidak menggunakan pekerja. Semua urus niaga dan transaksi dilakukan secara layan diri. Hebat bukan?

Perkara itu dibuktikan apabila seorang gadis berkongsikan videonya di TikTok yang mana dia mendakwa tinggal di Korea adalah berbahaya.

Dakwaan gadis itu adalah kerana dia boleh keluar tanpa mengira waktu terutama malam untuk membeli snek.

Sesiapa sahaja boleh mengunjungi kedai serbaneka layan diri di Korea pada bila-bila masa untuk membeli apa yang mereka inginkan.

@gabijohnson4I need to get banned from 24 hour convenience stores #seoul #korea

♬ original sound – JB’s apartment floor hair

Iklan

Mereka hanya perlu mengambil barang yang ingin ibeli dan bawa ke mesin pengimbas untuk buat bayaran. Semuanya di hujung jari tanpa bantuan juru wang!

Selepas jumlah dikira, korang hanya perlu memasukkan kad bank ke dalam mesin untuk membuat bayaran dan memasukkan barangan yang telah dibeli ke dalam plasti juga perlu dilakukan sendiri.

Melalui perkongsian gadis itu juga dalam dilihat walaupun kedai serbaneka itu tidak mempunyai pekerja, ia tetap di bawah pengawasan kamera litar tertutup.

Iklan

Oleh demikian mungkin mereka tidak perlu risau tentang kes rompakan malahan lebih mengejutkan harga barang juga lebih murah kerana disebabkan kedai tersebut tidak perlu membayar gaji pekerja.

Video perkongsian yang dibuat oleh gadis itu kini tular di TikTok malahan ramai warganet yang memberi komen merasa kagum dengan sistem yang diguna pakai di sana.

Andai kata kaedah seperti itu diguna pakai di Malaysia, korang rasa selamat tak?

@rachelhehehSocial interaction? No thank u 😘🙏 #korea #seoul #fyp #foryou

♬ Blue Blood – Heinz Kiessling & Various Artists