SEKALI pandang, memang tak ubah seperti lubang kawah gunung berapi. Cuma bezanya ia terletak di dataran ladang gandum di Turki.

Memang agak mengerikan melihat foto lubang berkenaan yang dikatakan semakin hari semakin terhakis sehingga mampu menelan sebuah bas kilang.

Ya, memang cukup besar dan menakutkan!

lubang mendapan di turki

Lapor odditycentral.com, lebih ratusan lubang mendapan dikenal pasti wujud di kawasan ladang bijirin di daerah Konya negara tersebut sejak setahun lalu.

Pada mulanya, para petani beranggapan lubang mendapan yang wujud tidak membahayakan, namun selepas berlaku rekahan serius, perkara itu perlu diberikan perhatian.

Mana tidaknya, salah satu lubang mendapan yang bersaiz gergasi hingga menjangkau kedalaman lebih 150 meter itu mula tular di seluruh dunia dan seperti biasa menarik perhatian netizen.

lubang mendapan di turki

Tidak pasti apa puncanya, namun ia dikatakan disebabkan kemarau berpanjangan yang mana telah mendorong petani menggunakan air bawah tanah sebagai sumber tanaman.

Tindakan itu difahamkan telah menimbulkan rekahan lubang-lubang kecil dan akhirnya menjadi semakin serius.

Menurut fakta yang dikongsikan nationsencyclopedia.com, Konya memang terkenal di Turki kerana ia merupakan antara wilayah yang menyumbang kepada pengeluaran gandum terbesar negara itu.

Turki yang menjadi negara ke-37 terbesar di dunia dengan dianggarkan sebanyak 90 peratus tanah ditanam dengan projek gandum selain jagung, bunga matahari, kapas, oren dan tembakau.

Iklan

lubang mendapan di turki

SinarPlus difahamkan, sebanyak 660 lubang mendapan dikesan berbanding 350 sinkholes pada tahun lepas.

Meskipun belum menyebabkan bencana kepada penduduk setempat, namun kerosakan alam semula jadi itu semakin menghampiri penempatan penduduk.

Apa yang membimbangkan mereka, para saintis di sana masih tidak dapat meramalkan sejauh mana dan bila kejadian mendapan akan berulang yang boleh memberi risiko kepada penduduk.

Iklan

lubang mendapan di turki

Aduhai, memang seramkan? Fenomena mendapan seperti itu memang tidak boleh dijangka lebih-lebih lagi dikatakan berlaku sepanjang tahun disebabkan masalah pengairan air bawah tanah.

Moga kejadian seperti itu tidak berlaku di Malaysia. Jika adapun, kes mendapan jalan lereng bukit atau tepi parit je setakat ini, tapi kalau boleh hal itu mesti dibaiki dan diselesaikan segera.

Mudah-mudahan rakyat Malaysia dijauhkan daripada bencana yang berlaku dan marilah kita doakan supaya rakyat di Palestin juga dilindungi.