SIAPA sangka hanya kerana sekeping kadbod telah mencetuskan ‘huru-hara’ pada peringkat pertama Tour De France 2021 (TDF 2021) di Perancis semalam.

Kedengaran pelik, tetapi situasi itu berlaku disebabkan tindakan seorang penonton wanita yang dikatakan memegang sekeping kadbod sehingga menghalang laluan peserta.

Akibatnya puluhan peserta basikal TDF 2021 terjatuh lalu menyebabkan kemalangan terburuk dalam sejarah perlumbaan terbabit.

Melalui rakaman video kelihatan wanita tersebut tersenyum ke arah kamera stesen televisyen yang sedang membuat liputan.

Pada tangannya memegang sekeping plakad tertera ‘nenek dan datuk’ dipercayai ditujukan kepada nenek dan datuknya.

Kemudian, pelumba Jerman, Tony Martin terlanggar kad tersebut lalu memasuki laluan perlumbaan sehingga berlakunya efek domino yang mana kira-kira 50 pelumba di belakangnya turut berlanggar antara satu sama lain.

Baca juga Naik Basikal, Kalau Kemalangan Dengan Kereta Boleh Sebabkan Kecederaan Otak

Baca juga Aktiviti Berbasikal Ketika Musim Hujan, Ini 5 Tip Yang Perlu Anda Tahu

Seramai 21 peserta dilaporkan cedera termasuk seorang pengayuh yang terpaksa menarik diri daripada perlumbaan berkenaan.

Jurucakap Finistere Gendarmerie berkata, penonton yang dipercayai punca kemalangan TDF 2021 telah melarikan diri.

Iklan

“Penonton yang menyebabkan kemalangan terus hilang sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi. Usaha mencarinya sedang dijalankan.

“Dia memakai cermin mata dan berseluar jean biru, berbaju belang merah dan putih serta jaket kuning,” katanya.

Iklan

Memetik laporan Daily Mail, susulan insiden itu pihak polis Perancis sedang memburu penonton wanita terbabit.

Difahamkan, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga setahun dan denda sebanyak £13,000 (RM74,982.71).