BERPINDAH ke rumah baharu memang menyeronokkan. Apatah lagi, penantian bertahun-tahun untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya dapat direalisasikan.

Siapa tidak seronok dapat berpindah ke rumah baharu bersama ahli keluarga tersayang? Paling teruja, pastinya anak-anak yang tidak melepaskan peluang untuk memilih bilik yang disukai.

Tidak kurang juga, ramai yang mahu berkongsi keterujaan berpindah ke rumah baharu di media sosial.

bilik tersembunyi foto lama tanpa kepala

Salah seorang yang berbuat demikian ialah pemilik akaun TikTok, @kammee0508.

Beliau yang dikenali sebagai Kam Mee dilihat tidak ketinggalan untuk merakam video mengenai rumah baharunya yang sedang diubah suai.

Pun begitu, ada sesuatu yang menakutkan mengenai rumah asal berkenaan yang dibelinya bersama suami tersayang.

Lapor mirror.co.uk, wanita tersebut berkongsi penemuan bilik tersembunyi yang menyeramkan dan ia menerima pelbagai reaksi warganet.

@kammee0508##HiddenRoom ##homeimprovement ##Oldhouse ##Remodel ##creepyhouse♬ Spooky – GE Music

bilik tersembunyi foto lama tanpa kepala

Mana tidaknya, Kam Mee menunjukkan foto lama yang ditemui, antaranya gambar seorang kanak-kanak bersama seorang lelaki dewasa tanpa kepala.

Ya! Tanpa kepala. Apa yang lagi menakutkan, beberapa surat misteri turut ditemui di dalam bilik yang mempunyai beberapa lapisan wallpaper.

Dalam laporan itu, wanita tersebut terlebih dahulu memberi peringatan bahawa konten yang dikongsikan boleh menimbulkan perasaan kurang selesa kepada pengguna TikTok.

bilik tersembunyi foto lama tanpa kepala

Dalam video tersebut, kelihatan suami kepada wanita tersebut sedang membuang panel dinding yang menampakkan ruang tersembunyi yang agak luas, boleh memuatkan sebuah bilik tidur.

Selain itu, beberapa foto lama berwarna hitam putih dipaparkan termasuk gambar seorang lelaki berusia 50-an bersama seekor ikan yang barangkali gambar kenangan bersama hasil tangkapan.

Iklan

Seterusnya beberapa item lama seperti kad ASB lama, kad Krismas pemilik lama, surat-surat tulisan tangan penuh misteri dan foto lelaki tanpa kepala.

bilik tersembunyi foto lama tanpa kepala

Dipendekkan cerita, dalam foto itu, seorang lelaki jelas kelihatan tanpa kepala berdiri bersebelahan seorang kanak-kanak yang duduk di dalam kereta mini go-kart.

Pada awalnya, wanita itu menyangkakan, kesan pencahayaan membuatkan bahagian kepala lelaki tersebut ‘hilang’, pun begitu sebaik sahaja membaca nota yang tertulis pada belakang foto tersebut membuatnya terkejut.

“Remember this creepy one? I don’t know if this is a bleed or what it is, but take a look at the back: ‘How to eliminate that annoying glare when one wear glasses’.”

Sama ada foto itu diedit atau asli, masih belum dapat dipastikan, namun video creepy tersebut sudah menerima 2.9 juta tontonan.

Iklan

Tidak terhenti setakat itu, Kam Mee turut berkongsikan video lain termasuk mahu meneroka bahagian loteng yang gelap.

bilik tersembunyi foto lama tanpa kepala

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian tersebut menyifatkan bilik menakutkan itu ditutup secara tersembunyi atas sebab tertentu.

Ada yang mempersoalkan apa yang dibuat orang Amerika Syarikat dengan bilik rahsia tersebut? Malah ada yang menyamakan dengan filem horror, The Conjuring.

Meskipun agak menyeramkan, namun masih ramai menunggu penemuan baharu yang dikongsikan wanita tersebut yang rajin update perkembangan projek ubah suai yang masih berjalan.