DIANGKAT empat lelaki tidak dikenali, dihayun berulang kali dan dibawa ke keranda.

Pasti ramai tertanya-tanya kenapalah diangkat seperti itu dengan iringan muzik rancak.

Rupa-rupanya itulah cara untuk menyedarkan orang ramai yang masih ingkar memakai pelitup muka untuk mengekang wabak covid-19.

Sekali pandang seperti upacara mengangkat mayat untuk disemadikan, tapi itulah mesej yang cuba disampaikan kepada orang ramai.

Tidak ketinggalan maskot covid-19 turut mengiringi ‘tarian’ tersebut dan video berdurasi 23 saat itu ternyata menarik perhatian warganet.

Masakan tidak, lelaki yang terpinga-pinga tidak tahu apa salahnya kemudian didatangi seorang anggota polis dengan memberikannya pelitup muka.

Perkongsian yang tular dalam media sosial itu dengan kapsyen berbunyi, jika tidak pakai pelitup muka di Ecuador….

Iklan

Kalau di Malaysia pula, jika gagal pakai pelitup muka, kena denda RM1,000 bermula 1 Ogos nanti.

Baik di luar mahupun dalam negara, semua pihak kena ambil peduli dan patuhi arahan yang ditetapkan.

Jangan kerana abaikan penjarakkan sosial dan tidak memakai pelitup muka, statistik kes baharu covid-19 meningkat.

Iklan

#janganputusasamalaysia