[VIDEO]Demi 'content' nyawa jadi taruhan! Wanita dihanyut ombak minta selamatkan kamera

A
A
A

PELBAGAI ragam manusia zaman sekarang, dalam mencari kelainan mengejar kandungan (content) video, ada yang sanggup memperjudikan nyawa sendiri.

Seperti seorang wanita ini demi menghasilkan rakaman yang sempurna, dia sanggup bahayakan nyawa minta selamatkan kamera walaupun sudah hampir lemas.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut laporan Suara.com, seorang wanita di Indonesia sanggup membahayakan nyawanya dengan bertindak memegang kayu swafoto meskipun dalam keadaan dilambung ombak kuat sehingga hampir tenggelam.

Menerusi sebuah video yang tular, wanita tersebut pada awalnya dilihat sedang merakam gambar menggunakan kamera yang dipasang pada kayu swafoto.

Tidak lama selepas itu, kelihatan ombak besar menghampiri pantai dan dalam sekelip mata ombak itu memenuhi kawasan darat sehingga menenggelamkan wanita terbabit.

Ujar wanita dalam video tersebut "Saya berlari mengejar waktu supaya dapat merakam detik-detik ini".

ombak

Meskipun tenggelam timbul di sebalik air laut berkenaan, wanita berkenaan tetap memegang kayu swafoto dalam keadaan dia tersangkut pada dahan pokok dan akar kayu.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki muncul untuk menyelamatkannya, namun wanita berkenaan meminta lelaki tersebut untuk memegang kayu swafoto miliknya dan meminta terus merakam gambar tanpa membantunya.

Video itu menjadi tular dan pelbagai reaksi warga maya mengenai kejadian tersebut.

Ujar mereka;

"Pada waktu dia tersepit pada dahan pokok, dia menyuruh orang menyelamatkan kayu swafotonya."

"Sempat lagi dia berbuat begitu. Dia fikir dia berada di kolam renangkah?"

Baca juga Ke mana tumpahnya kuah? Irfan, Ikhsan, Ilhan ikut jejak langkah Fandi Ahmad jadi bintang bola sepak

"Kalau aku takkan buat macam ni untuk famous. Apa-apa terbaik dan tindakan yang berani."

"Dek kerana content akak sanggup ya gadai nyawa. Nasib umurnya panjang lagi."

"Adakah sudah arwah kakak ni ya? Tengok ombaknya kuat."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang