SETIAP wanita yang telah mendirikan rumah tangga pasti memiliki pelbagai koleksi kisah menarik untuk dikongsikan tentang perihal hubungan bersama ibu mentua.

Sesetengah antara kita acap kali diusik dengan perkara itu terutama selepas meraikan perayaan mahupun acara tertentu bersama ahli keluarga besan.

Namun berbeza ceritanya dengan seorang wanita ini apabila dia terpaksa bangun seawal jam 4 pagi setiap hari gara-gara ibu mentuanya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya @ririnsitumorang1, kelihatan dia sedang bangun daripada tidurnya.

Namun apa yang mengejutkan apabila turut kedengaran suara wanita difahamkan mentuanya menjerit dan marah-marah dalam rumah.

Tulisnya di ruangan kapsyen, “nasib duduk serumah bersama mentua, perlu bangun 4 pagi. Kalau dia bangun dulu, dirinya akan dimarahi.

“Suami pasti menyebelahi ibunya. Kalau diajak sewa rumah lain, mentua akan anggap mahu merebut anak lelakinya,” ujarnya.

Ternyata video tersebut mencuri tumpuan ramai warga maya dan sehingga kini telah meraih lima juta tontonan di aplikasi berkenaan.

Tinggal dengan mertua

Iklan

Menjengah ruangan komen mendapati rata-rata warganet bersimpati dengan wanita itu dan ada yang berkongsi melalui pengalaman yang sama.

Kata mereka;

Iklan

“Kepada kaum lelaki, kalau rasa tak boleh berengang dengan mak please bawa bincang elok-elok sebelum kahwin. Tak semua mentua baik dan tak semua jahat.”

“Semua menantu akan merasa benda ini. Sebab nilah aku tak mau kahwin.”

“Aku pernah kena, lambat bangun sikit terus dikatakan pemalas oleh mentua dan sekarang aku sudah bercerai dengan anaknya.”

Baca juga Lain macam mewah, pengantin perempuan terpaksa pakai 60kg emas di hari perkahwinan

“Duduk rumah sewa la awak, macam mana pun menantu tetap orang luar dalam keluarga suami.”

“Kalau saya tu memang dah lari balik rumah mak sendiri.”

“Tak sakit tekak ke mak dia jerit tu? Aku pula rasa pedih tekak mendengarnya.”

Aduhai, kesian pula tengok kena jerit dan terpaksa bangun pagi. Lain orang, lain ragamnya kan? Bersyukurlah buat korang yang dikurniakan mentua yang baik.

@ririnsitumorang1♬ original sound – sayang6_ – Pengenfyp