SEMUT di rumah memang boleh buat naik darah! Sebabnya tak boleh langsung tinggal makanan tak tertutup, cepat sahaja ia harung.

Lebih-lebih lagi makanan atau minuman manis, memang kesukaan semut.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Semut ni juga terkenal dengan semangat kerja berpasukan.

Memang bekerjasama mencari makanan untuk dibawa ke sarang atau busut mereka untuk santapan si ratu.

Seperti video yang tular, sepasukan semut ‘terkantoi’ sedang mengangkut rantai emas!

Ya, jangan tak percaya! Rantai emas pun nak dibawa balik sarang.

Menerusi perkongsian di TikTok milik @nayanaya51430, kelihatan sekumpulan semut membawa rantai emas dan hendak dialihkan ke tempat yang lain.

Baca juga [VIDEO] “Amat-amat besar, dahsyat.”- Telatah ‘wartawan’ cilik lapor ular sawa dalam longkang cuit hati, raih 500K tontonan

Perlakuan tersebut sempat tertangkap dan dirakam oleh pemilik rantai tersebut.

Iklan

Apa yang menghiburkan apabila pemilik tersebut keliru dan hairan bagaimana sebilangan semut tersebut boleh mengangkut rantai itu.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa lagi, tetapi serius saya terkejut ke mana semut itu nak bawa rantai saya tu,” tulisnya pada video tersebut.

"Beli emas ribu-ribu akhirnya tak laku"- Lelaki kongsi tip kenali emas palsu

Video berkenaan telah menjadi perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan lebih 2 juta.

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata yang menonton video tersebut terhibur.

Seloroh mereka;

“Macam ni lah, adik aku tuduh aku ambik gelang tangan dia padahal cik ti (tikus) bawa lari.”

“Lepasni barang kemas hilang jangan cakap orang curi. Semut yang curi hahaha.”

“Mereka nak pergi jual tu supaya dapat beli banyak makanan dan gula untuk mereka.”

Baca juga [VIDEO]Gajah gelongsor comel turun dari timbunan tanah raih jutaan tontonan

“Kes tuan dia manis sangat kut… tu yang sampai ke rantai jadi manis.”

“Buat hiasan istana dorang kot, ikut semut tu mesti banyak lagi barang kemas.”

Hati-hati korang, simpan barang kemas di tempat yang selamat ya.

@nayakanaya51430ngakak sore😁😁😁😁♬ Anjahahhaha – One Voice