Simpan rambut selama 17 tahun demi mengiktiraf budaya negara kelahiran sendiri, Jepun.

Itu yang dilakukaan oleh Rin Kambe, 42, yang mengaku drinya tidak pernah memotong rambut selama 17 tahun.

Setakat artikel ini ditulis, kepanjangan rambutnya sudah mencecah 7 kaki atau 213.36 sentimeter (sm)!

Kepada Mirror UK, Kambe berkata, beliau terpaksa mengikat rambutnya menjadi sanggul kerana sudah mencecah ke lantai.

Disebabkan ketinggiannya hanya lima kaki, wanita itu mengalami kesukaran melakukan tugas harian apabila melepaskan rambutnya.

“Saya akan mudah tersandung, sukar ke bilik air, menukar pakaian dan makan. Saya juga segan untuk keluar rumah sekiranya rambut gugur,” kongsinya.

Ujar Kambe, beliau mengambil masa tiga jam untuk proses penjagaan rambut.

“Saya membasuh rambut dua kali seminggu dan mengambil masa sejam untuk mencuci, merawat dan melakukan urutan kepala. Selepas itu, rambut saya memerlukan masa dua jam untuk dikeringkan sebelum disikat. Saya lakukan semua itu untuk memastikan rambut tidak rosak,” katanya.

Apabila bangun pagi, Kambe akan mengambil masa 10 minit untuk menyikat dan merapikannya.

Akui Kambe kepada Mirror UK, disebabkan rambut yang panjang, ia menjadi berat sehingga membuatkan beliau sakit kepala.

ALA RAPUNZEL

Beritahu wanita itu yang juga seorang model, ramai pihak yang mempersoalkan tentang ketulenan rambut beliau sama ada palsu atau sebaliknya.

“Namun, selepas mengetahui kebenarannya mereka akan terkejut dan kagum,” ujar beliau yang tidak pernah terfikir untuk memotong mahkota kepalanya.

Berkongsi mengenai gaya rambutnya ketika menjadi penari pada awal tahun 2000, Kambe berkata, pada ketika itu, beliau menggayakan rambut bob pendek yang jauh berbeza dengan rambut panjang yang dimilikinya sekarang.

Iklan

Katanya, potongan rambut pendek tidak mempunyai ciri-ciri yang boleh diingati.
Apa yang pasti, beliau kini mahu menonjol sambil mengiktiraf budaya Jepun kerana rambut panjang simbolik kepada puteri Jepun pada zaman Heian.

“Saya berambut pendek ketika kecil. Selepas menjadi penari, saya selalu membayangkan diri menari dengan rambut panjang dan sejak itu tidak terfikir untuk memotongnya,” terangnya.

Kisah Kambe itu sekali gus mengingatkan SinarPlus pada cerita dongeng Rapunzel. Di dunia ini, memang ramai yang berambut panjang mengurai.

Antara yang paling diingati pastinya Nilanshi Patel dari Modasa, Gujarat, India yang telah memegang gelaran Rekod Dunia Guinness untuk rambut terpanjang.

Pada masa itu, beliau dia berumur 16 tahun dan rambutnya berukuran 170.5sm.

Iklan

Namun, pada Julai tahun lalu, sejurus sebelum hari jadinya yang ke-18, rambut Nilanshi diukur buat kali terakhir dan mencapai ketinggian 200sm, sekali gus menjadikan dirinya mendapat gelaran ikonik untuk rambut terpanjang bagi seorang remaja.

Sayangnya, selepas lebih sedekad dan memperoleh tiga gelaran Rekod Dunia Guinness, Nilanshi membuat keputusan untuk memotong rambutnya pada April 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan