Wanita ‘psiko’ palsu kehamilan, demi duit sanggup menipu dan akhirnya didakwa

A
A
A

GARA-GARA ingin memperdayakan seorang lelaki yang dipercayai bekas kekasih, seorang wanita di daerah Edinburgh, Scotland sanggup bertindak memalsukan kehamilan dengan berusaha memakai alatan yang menampakkan dirinya seakan mengandung.

Memetik laporan Metro.uk, wanita yang dikenali sebagai Jaclyn McGowan, dipercayai melakukan perbuatan itu selama sembilan bulan bagi tujuan mengugut untuk mendapatkan wang daripada mangsa iaitu Jamie Aitken termasuk juga keluarga individu berkenaan.

Malah, wanita yang digelar ‘psiko’ itu pernah mengirim gambar katil bayi dan juga menuntut 300 pound (RM1618) daripada Jamie.

Tidak terhenti di situ, menurut sumber, McGowan dikatakan berkali-kali menghantar mesej dengan kata-kata kesat kepada mangsa dan sekeras-kerasnya enggan Jamie terbabit dengan kehidupan bayi berkenaan.

McGowan dengan beraninya pernah menghubungi ibu Jamie, Wendy Aitken dan menunjukkan gambar imbasan palsu didakwa bayi dalam kandungannya dan kemudian mengatakan bahawa dia mengalami keguguran.

Wanita ‘psiko’ palsu kehamilan, demi duit sanggup menipu dan akhirnya didakwa

Wanita berusia 35 tahun itu juga memberitahu keluarga lelaki tersebut bahawa dirinya sepatutnya bersalin pada 28 Mac lalu dan berhasrat untuk memberikan nama anaknya Noah.

Pendakwa raya mengatakan, awalnya wanita terbabit muncul di tempat kerja Jamie dan mengatakan bahawa Jamie perlu bertanggungjawab atas bayi di dalam kandungannya.

Ketika itu juga dia dikatakan datang dengan memakai alat khas di perutnya untuk menunjukkannya benar-benar hamil.

Wanita ‘psiko’ palsu kehamilan, demi duit sanggup menipu dan akhirnya didakwa

Awas! Jadikan kisah ini sebagai pengajaran hidup buat kita semua. Apa yang pasti, segala perkara yang dipalsukan pastinya akan menyalahi undang-undang tak kira mana negara sekali pun.

Kita bakal didakwa dan dikenakan tindakan jika sabit kesalahan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang