Wanita tanpa pakaian tersepit di antara dinding dua bangunan

A
A
A

PEMILIK sebuah premis di Santa Ana, Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati seorang wanita dalam keadaan tidak berpakaian terperangkap di antara dua dinding bangunan.

Menurut Jim Kahil, beliau terdengar suara tangisan dan jeritan, namun gagal menjumpai punca dari mana suara itu datang.

"Kami mengambil masa untuk mengenal pasti dari mana suara itu datang sehinggalah seorang pekerja telah naik ke atas bumbung dan mendapati ada seorang wanita di antara dinding bangunan.

"Kami segera menelefon pihak polis dan kemudiannya pasukan penyelamat bomba datang membantu," katanya.

Dipetik daripada media nypost.com, pihak bomba mengambil masa sekitar dua jam untuk menyelamatkan mangsa.

Sebuah lubang terpaksa ditebuk pada bahagian dinding bangunan kerana sukar untuk mengeluarkan wanita disebabkan keadaan terlalu sempit.

"Selepas bertungkus-lumus, kami berjaya mengeluarkan mangsa yang hanya memakai sepasang kasut dan memiliki tatu di bahagian belakang badan.

"Sebaik dibebaskan dari lokasi itu, anggota paramedik segera memberi bantuan perubatan kepada mangsa," jelas anggota penyelamat.

Pada masa sama pihak polis masih menyiasat punca wanita tersebut berada di lokasi yang tidak sepatutnya dalam keadaan tanpa seurat benang.

Jarak antara dua dinding bangunan tersebut dianggarkan berukuran kurang daripada 30 sentimeter.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang