iPHONE merupakan satu jenama telefon pintar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Peranti yang dibangunkan oleh syarikat terkemuka dunia, Apple itu terlalu popular sehingga mereka sudah mempunyai ‘tentera’ tersendiri.

Keluar sahaja model apa pun pasti laku terjual! Ramai juga dilihat sanggup ‘berhabis’ untuk memiliki telefon pintar tersebut meskipun harganya mencecah ribuan ringgit.

Dek kerana kecanggihan teknologinya yang seiring dengan perkembangan semasa mungkin ia kini tetap menjadi buruan dan impian terutama golongan muda.

September tahun lalu, Apple telah melancarkan siri terbaharu mereka yang dikenali sebagai iPhone 12.

Seperti apa yang dijangka, model tersebut sekali lagi menjadi barang buruan ramai dan rata-rata peminatnya dilihat tidak melepaskan peluang untuk menjadi pembeli  dan pengguna terawal.

Dek kerana pandemik Covid-19 yang kini melanda dunia, corak pembeli orang ramai juga dilihat berubah ke arah pembelian online termasuk juga untuk mendapatkan iPhone 12.

Disebabkan itu, seorang wanita di wilayah Anhui, China telah berkongsi nasib malangnya apabila didakwa ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab gara-gara membeli iPhone secara online.

Wanita itu berkongsi pengalaman menyedihkan itu di media sosial Weibo yang mana dia telah ditipu oleh seorang scammer sewaktu ingin membeli telefon pintar iPhone 12 Pro Max.

Wanita yang juga dikenali sebagai Liu dikatakan telah berbelanja sebanyak 10,099 yen kira-kira RM6,330 untuk membeli telefon pintar tersebut.

Namun, apabila dia membuka bungkusan itu, Lui akhirnya terkejut apabila mendapati ianya bukanlah iPhone 12 Pro Max yang dibelinya tetapi adalah sekotak jus epal.

https://www.globaltimes.cn/page/202102/1216694.shtml?utm_source=technave

Lui kemudian melaporkan kejadian itu pada polis yang mana pihak berkuasa menyimpulkan kes itu sebagai satu kecurian.

Iklan

Beliau mendakwa telah membuat transaksi pada 16 Februari dalam sebuah laman web yang amat menyerupai laman web rasmi Apple.

Bungkusan tersebut juga tidak dihantar terus kepadan Liu, sebaliknya penghantar sekadar meletakkan bungkusan dalam almari kotak pos di kediaman Lui.

Pihak polis tempatan dan syarikat penghantaran yang bertanggungjawab dengan pembelian Liu telah melancarkan penyiasatan terhadap penipuan itu.

Pihak Apple juga menyatakan mereka telah melantik beberapa orang untuk menyiasat insiden tersebut.

Iklan

Nasib malang yang melanda Liu kini semakin tular dan heboh dibualkan dalam Weibo yang mana warga China juga berkongsikan pelbagai pendapat tentang punca kejadian itu.

Ada yang menyatakan pihak penghantar telah menggantikan iPhone sebenar dengan kotak jus epal, manakala ada juga yang berpendapat Liu telah diperdayakan oleh sebuah laman web Apple palsu yang sangat serupa dengan laman web Apple sebenar.

Turut tidak terkecuali ramai juga yang bersimpati dengan nasib yang dilalui oleh Liu. Mana tidaknya, berbelanja ribuan ringgit hanya untuk sekotak jus epal. Kasihan Liu!

sumber : globaltimes