Wanita tertekan, seminggu kahwin mentua sudah minta buat ujian kehamilan
WANITA seringkali diajukan persoalan status diri sama ada sudah hamil selepas mendirikan rumah tangga. Malah tidak dinafikan ia turut menjadi punca tekanan.
Seperti kisah wanita ini yang mana keluarga mentua yang ingin keputusan ujian kehamilan pada seminggu selepas bernikah dianggap tidak masuk akal.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Igtainmenttt di Instagram, wanita terbabit mendakwa bahawa mentuanya meminta dia melakukan ujian kehamilan setelah seminggu mendirikan rumah tangga.
Baca juga: Hati-hati wanita, diumpan tumpang kereta, ibu, anak 6 tahun dinoda lelaki bernafsu binatang
“Saya baru seminggu berkahwin terus disuruh buat ujian kehamilan oleh mentua,” titipnya.
Tidak hanya itu, mentuanya turut mempersoalkan mengapa dia tidak mengandung lagi kerana dua isteri abang iparnya juga tidak mempunyai cahaya mata dan mengugut.
“Bahkan mentua beritahu kalau saya gagal hamil dalam tempoh sebulan, suami saya disuruh kahwin lain. Saya sayangkan suami. Apa yang patut saya lakukan?” titipnya.
Warga maya rata-rata berasa kesal dengan tindakan mentua yang hanya mahu menantu mengikuti kehendaknya.
Ada di antara mereka yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita terbabit agar terus tabah menghadapi ujian itu.
Baca juga: Ibu hamil alami masalah pundi kencing pada kehamilan pertama. Ini 7 cara mudah untuk atasinya
-“Kalau diceraikan reda je sebab suami dan mentua sama-sama tak betul. Awak berhak mendapatkan yang lebih baik.”
-“Cari suami baru je lah kak.”
-“Wanita bukannya kilang anak. Suami kena tegas pasal hal ni. Saya sedih membacanya.”
Setiap wanita yang berkahwin menginginkan kehamilan namun peluang wanita untuk hamil berbeza-beza.
Bagi mengetahui status diri hamil atau tidak, ujian kehamilan boleh dilakukan dengan menggunakan air kencing (urine pregnancy test-UPT).
Semua ujian kehamilan dilakukan untuk dengan mengukur paras suatu hormon yang dikenali sebagai hormon human chorionic gonadotropin (hCG).
Hormon hCG merupakan hormon yang terhasil semasa kehamilan. Hormon ini dihasilkan oleh plasenta sebaik sahaja implantasi berlaku iaitu kira-kira seminggu selepas proses persenyawaan dan ovulasi berlaku.
Jika melakukan ujian kehamilan terlalu awal, anda mungkin menerima keputusan negatif walaupun pada hakikatnya sedang hamil.
Baca juga: Penyanyi ‘I Believe I Can Fly’, R Kelly dipenjara 30 tahun pemerdagangan seksual wanita, kanak-kanak
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang