Wanita tertua di dunia masih minum Coca-Cola pada usia 119 tahun! Ini fakta menarik lain tentang beliau

A
A
A

SEORANG wanita Jepun, Kane Tanaka menarik perhatian dunia apabila menyambut ulang tahun kelahirannya pada usia 119 tahun baru-baru ini.

Sebelum itu, Guinness World Records mengesahkan, Kane ialah wanita tertua di dunia pada tahun 2019.

Sebaik berita itu dimuat naik, laporan berkenaan mendapat liputan media antarabangsa termasuk CNN.

Memetik laporan CNN, Kane yang dilihat masih bertenaga itu meraikan umur emasnya di sebuah kediaman di Wilayah Fukuoka, Ahad lalu.

Cicit beliau, Junko Tanaka telah memberi ucapan penuh bermakna kepada moyangnya menerusi ciapan di laman Twitter.

wanita tertua didunia

Beliau berkata: "Pencapaian yang luar biasa, Kane Tanaka mencapai usia 119 tahun. Saya berharap moyang akan hidup ceria selalu."

Serentak dengan itu, beliau turut memuat naik gambar Kane.

Selain usia, hal yang paling menjadi perbualan adalah hadiah yang diberikan cicitnya kepada warga emas itu iaitu air botol Coca-Cola.

Berdasarkan kenyataan Junko, moyangnya masih minum air Coca-Cola seperti biasa pada usia 119 tahun!

Baca juga Wanita 73 tahun terkejut janin 'batu' berada di perutnya selama 35 tahun! Ini sebenarnya yang terjadi

RAHSIA SIHAT

Apa rahsia Kane yang dilihat masih kuat pada usia sebegitu rupa?

Menurut keluarganya, wanita itu lebih berfikiran ke hadapan dan banyak menikmati masa sekarangnya berbanding mengingati perkara yang telah lepas.

Bukan itu sahaja, walaupun usia beliau telah melebihi separuh abad, Kane gemar menyelesaikan soalan matematik!

wanita tertua didunia HADIAH botol Coca-Cola yang dilabel dengan nama dan umur Kane diberikan oleh cicit beliau.

Beliau juga mempunyai perasaan sentiasa ingin tahu untuk memastikan fikiran dan badannya sentiasa berhubungan antara satu sama lain.

Menyingkap sedikit tentang latar belakangnya, Kane lahir pada tahun 1903 dan berkahwin dengan seorang pemilik kedai beras ketika usia beliau baru 19 tahun.

Wanita hebat itu dilaporkan telah bekerja di kedai keluarganya hingga umur beliau mencecah 103 tahun.

Jika dihitung daripada umurnya, ini bermakna beliau telah mengharungi beberapa zaman siri perang dunia dan merentasi wabak selsema yang membadai negara Sepanyol pada tahun 1918.

Jangan lupa followSinarPlus di Instagram!

Lapor media lagi, durasi hidupnya yang panjang menyaksikan beliau telah melalui 49 musim panas dan sejuk Sukan Olimpik yang bermula sejak tahun 1986.

Bercerita mengenai individu tertua, Spain’s Saturnino de la Fuente Garcia direkodkan sebagai lelaki paling lama hidup ketika usianya 112 tahun.

Garcia antara lain pernah berkata, antara tip usianya panjang adalah beliau melalui kehidupan dengan tenang tanpa menyakiti orang lain.

Foto: twitter @tanakakane0102, wikipedia dan Malaysia News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang