PETANI Argentina meraikan pemenang Bola Emas Piala Dunia 2022, Lionel Messi dengan cara yang unik iaitu menanam jagung bentuk muka pemain legenda itu di ladang 124 ekar hingga jelas nampak dari angkasa.

Demi cinta kepada bola sepak negaranya, imej Messi dikembangkan petani, Maximiliano Spinazze menggunakan algoritma khas yang mengira tempat benih ladangnya di Los Condores, di wilayah Cordoba, tengah Argentina.

Penghormatan yang luar biasa itu dedikasi Spinazze kepada pemain yang membantu Argentina memenangi Piala Dunia yang terkenal ke atas Perancis di Qatar.

Baca juga: Kisah cinta klasik sejak usia 9 tahun. Kenali Antonella Roccuzzo, wanita di sebalik kejayaan Lionel Messi

Menerusi penanaman berskala besar, imej besar Messi yang berjanggut boleh dilihat dari angkasa.

“Sekarang mereka adalah juara dunia, saya gembira rasa bangga itu diyatakan dengan menanam jagung itu,” katanya.

Bca juga: Posting kemenangan Messi di Instagram terima like paling banyak, kalahkan telur

Lelaki itu menggunakan kaedah algoritma yang mengira tempat benih yang dicipta Carlos Faricelli, seorang jurutera pertanian. Idea mereka bentuk pengekodan untuk mesin yang menyemai benih yang membolehkan petani mencipta imej menerusi tanaman mereka. Biji benih akan disemai lebih banyak pada kawasan tertentu agar tanaman lebih padat seterusmya mencipta imej yang unik. Nampak real kan?

“Saya mendapat idea memasukkan kod pada alat penyemai dengan wajah Messi sebagai penghormatan.

“Dengan menggunakan alat pengekodan geo, jentera mengetahui jumlah tepat jumlah benih bagi setiap meter persegi dan apabila tumbuh mencipta kontras wajah Messi yang berbeza,” kata Faricelli yang akan menyediakan teknologi itu untuk mana-mana petani pada demikian pada masa akan datang.

Baca juga: Messi menangi Anugerah Ballon d’Or buat kali ketujuh

Hasil daripada penanaman kreatif itu, gambar yang dirakam daripada udara akan kelihatan kontras antara warna hijau pokok dan tanah.

Amerika Selatan memang lubuk bintang bola sepak dan dalam masa yang sama pengeksport jagung ketiga terbesar dunia. Pertanian dan bola sepak memacu kemasyhuran
Petani itu bukan satu-satunya peminat yang menunjukkan cintanya kepada Lionel Messi.

Baru-baru ini tular seorang fanatik bola sepak sanggup mencukur rambut membentuk wajah kapten pasukan Argentina itu.

‘Tatu rambut’ yang menakjubkan itu telah dilakukan oleh Antonio dari Anton Barber, di Republik Dominican.

Iklan

Bac juga: Pasukan Argentina mara ke final Piala Dunia 2022, 10 fakta wanita perlu tahu

 

Macam-macam dilakukan peminat untuk pemain kesayangan mereka. Lionel Messi, 35, diibaratkan ‘nadi’ pasukan Argentina apabila menjadi lubuk gol dan pencetus kemenangan.

Bersaksikan 88,966 penonton di Stadium Lusail, Qatar, Argentina dinobatkan juara apabila merakamkan kemenangan 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 setelah tamat masa tambahan.

Iklan

Menang besar di Qatar, pemain Paris Saint-Germain itu meraih anugerah Bola Emas sekali gus gelaran pemain terbaik Piala Dunia 2022.

Baca juga: Ke mana tumpahnya kuah? Irfan, Ikhsan, Ilhan ikut jejak langkah Fandi Ahmad jadi bintang bola sepak

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan