PENGASAS syarikat perubatan herba dan kecantikan terkenal Indonesia Mustika Ratu, Mooryati Soedibyo meninggal dunia pada Rabu.

Pergi pada usia 96 tahun, cucu Raja Keraton Surakarta, Sunan Pakubuwono X  itu meninggal dunia di Metropolitan Medical Centre Hospita, Jakarta.

Berita kematian tokoh berkenaan itu disahkan oleh Duta Khas Presiden bagi Pembasmian Kemiskinan dan Kerjasama Keselamatan Makanan, Muhamad Mardiono.

Baca juga: Wajibkah anak ganti puasa ibu bapa yang sudah meninggal dunia?

Baca juga: Garam, gula juga pusaka si mati, nak guna perlu minta kebenaran pewarisnya

Menurutnya, beliau menerima berita itu daripada Putri Kuswisnuwardhani, awal pagi tadi.

Lapor media Indonesia, akaun Instagram rasmi Mustika Ratu masih belum menyiarkan berita sedih kehilangan pengasasnya.

Sementara laman sosial Instagram Mustika Ratu Malaysia turut  berkongsi berita duka pemergian pengasasnya.

“Al-Fatihah dan salam takziah daripada seluruh keluarga PT Mustika Ratu (M) Sdn Bhd.

Berita dukacita, Telah meninggal dunia Ibu Dr Hajah Mooryati Soedibyo. (5 Januari 1928 – 24 April 2024), 96 tahun.

“”Semoga ALLAH merahmati, mengampuni dan menempatkan Allahyarhamah bersama para hamba-NYA yang solehin,”katanya.

Baca juga: ‘Selamat jalan nona manis.’ Adik meninggal dunia, berbeza agama tak halang Melly Goeslow beri penghormatan terakhir

Baca juga: Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia

Hantaran terakhir Mustika Ratu di media sosial menonjolkan Mooryati sebagai tokoh inspirasi yang meneruskan cita-cita Kartini.

“Pengasas PT Mustika Ratu Tbk dan Yayasan Puteri Indonesia yang perjalanan luar biasanya terus memberi inspirasi kepada wanita merentas generasi,” baca kapsyen siaran itu pada Selasa, 23 April.

Iklan

Beliau terdahulu menerima rawatan rapi di hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Jenazah Mooryati akan dibawa ke rumah di Menteng, Jakarta Pusat.

Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan di Tapos, Bogor, selepas tengah hari ini.

Selain ushawan berjaya, Mooryati juga pernah menjadi anggota Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Indonesia antara 2004-2009.

Mengasaskan acara kecantikan Miss Indonesia sejak 1992, wanita hebat ini tersenarai dalam senarai 99 Wanita Paling Berpengaruh di Indonesia pada 2007 oleh majalah Globe Asia.

Iklan

Mooryati juga digelar Sarjana Perubatan Herba Indonesia kerana kepakarannya dalam menghasilkan jamu, yang kemudiannya menjadi salah satu bidang perniagaan yang diceburinya.

Sumber: Instagram, Tempo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!