PROSES pendaftaran bagi mendapat vaksin Covid-19 telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera sejak 23 Februari lalu.

Sehingga kini lebih lima juta telahpun mendaftar di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan tersebut bukan sahaja menerusi aplikasi tetapi juga menerusi portal dan talian hotline.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini berkata dari kumpulan yang telah mendaftar, 1.4 juta didapati tidak memberikan maklumat kesihatan dan alamat yang lengkap.

Dengan hanya maklumat nama penuh dan nombor kad pengenalan sahaja diisi semasa mendaftar menjadikan pendaftaran tersebut tidak lengkap.

1.4 juta pendaftaran vaksin Covid-19 di MySejahtera tidak lengkap!

Oleh itu bagi yang telah mendaftar, diminta melengkapkan pendaftaran mereka bagi membolehkan tarikh janji temu diatur.

Individu terbabit akan menerima notifikasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit.

Kemaskini maklumat alamat adalah penting kerana janji temu akan diberi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran alamat yang dimasukkan ketika pendaftaran.

Alamat dalam kad pengenalan tidak digunakan kerana ramai yang tidak menetap di alamat seperti dalam kad pengenalan.

Orang ramai tidak perlu risau, alamat yang dimasukkan juga boleh ditukar pada bila-bila masa.

Beliau kini menyeru orang ramai yang tidak menjawab soalan yang diperlukan semakan pendaftaran melakukannya segera sebelum fasa pemberian vaksin kepada orang ramai dimulakan April hadapan untuk mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

vaksin

Baca juga Vaksin Sinovac akan mula digunakan mulai 18 Mac, KJ jadi individu pertama

Iklan

Seterusnya fasa ketiga bermula September akan memberikan suntikan kepada orang ramai berusia 18 tahun ke atas.

Daftar sekarang untuk vaksinasi Covid-19 melalui tiga kaedah;

1. MySejahtera

Iklan

2. Portal vaksincovid.gov.my

3. Talian 1800-888-828

Semoga ia menjadi titik noktah kepada pandemik Covid-19 di negara kita menerusi imuniti kelompok.