SEBELUM ini negara kita memulakan proses suntikan vaksin Covid-19 menggunakan Pfizer-BioNTech dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan individu pertama menerima suntikan tersebut.

Kini orang ramai akan mendapat sejenis lagi vaksin yang dikenali Sinovac.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Malaysia akan menggunakan vaksin Sinovac mulai 18 Mac di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.

Katanya, hari ini negara kita menerima 100,000 vaksin Sinovac dan 83,070 dos Pfizer-BionTech.

Pada 22 Mac, Khairy mengatakan negara akan menerima lagi 124,020 dos Pfizer-BioNTech dan 100,000 dos dari Sinovac. Manakala pada 29 Mac, 125,190 dos Pfizer-BioNTech akan dihantar.

Menurut beliau, menjelang 29 Mac, jumlah dos Pfizer yang diterima oleh Malaysia akan menjadi 1,000,350 dos sekali gus melengkapkan pemberian dos vaksin untuk suku pertama tahun ini.

Tambahnya, beliau juga akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Sinovac di negara ini di hospital berkenaan.

“Pada 18 Mac jam 1.30 tengah hari, kami akan mula memberi vaksin kepada penerima dengan dos Sinovac di Hospital Rembau dan saya akan menjadi yang pertama menerimanya,” katanya semasa sidang media maya mingguan mengenai pelaksanaan NIP, hari ini.

Vaksin Sinovac akan mula digunakan mulai 18 Mac, KJ jadi individu pertama

Katanya juga, sebanyak 292.104 barisan hadapan dari kategori kesihatan dan bukan kesihatan telah divaksinasi pada 13 Mac.

Iklan

Khairy mengatakan 23.86 peratus adalah jururawat; 22.23 peratus doktor; 23.40 peratus penerima termasuk pembantu perubatan, radiografi dan pemandu ambulans; 5.62 peratus doktor gigi dan 3.45 peratus ahli farmasi.

Terdapat juga 21.33 persen penerima dari Angkatan Bersenjata, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Ikatan Relawan Rakyat dan Kastam; serta 0.11 peratus atau 302 wakil rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan.

Baca juga Denda RM100,000 dan penjara tiga tahun jika sebar berita palsu Covid-19

Iklan

Khairy turut mengatakan akan ada dua lagi penghantaran vaksin Covid-19 pada akhir bulan ini.

Semoga ia menjadi titik noktah kepada pandemik Covid-19 di negara kita menerusi imuniti kelompok.