ALHAMDULILLAH! Setelah lebih dua tahun negara berdepan pandemik Covid-19 kini pelbagai kelonggaran standard operating procedure (SOP) diberikan kerajaan.

Seperti hari ini, ramai menarik nafas lega dalam menjalani kehidupan seharian selepas Malaysia bakal memasuki fasa endemik dalam pengurusan Covid-19 bermula 1 April depan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Begitu pengumuman yang Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas sebentar tadi.

“Negara akan memasuki fasa endemik bermula 1 April depan, fasa ini sementara sebelum negara beralih ke fasa seterusnya selepas diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” ujar beliau.

Sementara itu, ini senarai SOP yang dikuatkuasakan dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022;

1. Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.

2. Pemilik premis wajib memastikan sistem pengudaraan (ventilasi) yang baik di dalam premis.

3. Sentiasa menjaga kebersihan tangan.

4. Ujian pengesanan Covid-19 mengikuti tatacara Nasional Testing Strategy.

5. Had waktu operasi premis perniagaan dimansuhkan.

  • Pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis.
  • Ini bermakna korang semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar.

Iklan

6. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan.

  • Hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. Tambahan
    juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu atau pengunjung.

7. Aktiviti solat jemaah di masjid atau surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

  • Walau bagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Baca juga Bayar cukai sebelum 30 April, ini cara mudah bagi yang terlupa

Iklan

8. Had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti perkumpulan ramai dimansuhkan.

  • Tiada lagi had kapasiti 50 peratus. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.

9. Sempadan negara dibuka semula pada 1 April.

10. Keperluan vaksinasi

  • Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.
  • Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.