BILA sebut pasal cukai, yang paling popular di kalangan kita adalah cukai pendapatan.

Setiap tahun ia perlu dijelaskan. Ada yang masih ingat, ada juga yang lupa serta ada yang baru pertama kali dikenakan cukai pendapatan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Rakyat Malaysia diwajibkan membuat pentaksiran cukai mereka kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara tahunan dengan mengisi borang e-Filing.

Daripada e-Filing tersebutlah akan dinyatakan sama ada korang perlu membayar cukai atau tidak.

Namun usah khuatir sekiranya pendapatan individu belum cukup syarat yang ditetapkan, mereka tidak perlu membayar cukai.

Bagi pekerja swasta ataupun kakitangan kerajaan, korang hendaklah menyelesaikan cukai sebelum 30 April sementara bagi pemilik perniagaan, tarikh akhir untuk menjelaskan cukai adalah pada 30 Jun.

LHDN memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 01 Mac 2022.

Untuk tujuan itu, pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui;

1. Masuk ke portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

2. Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor pin terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN atau hadir ke kaunter cawangan LHDN.

3. Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDN.

4. Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan e-Filing, mereka boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat atau kunjungi kaunter perkhidmatan LHDN yang berhampiran.

Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2022 boleh dirujuk di portal rasmi www.hasil.gov.my atau boleh klik pada pautan berikut untuk capaian pantas:
https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf

LHDN

Iklan

Pembayar cukai juga disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Status penghantaran Borang Nyata, proses bayaran balik, e-Lejar dan PCB boleh disemak melalui MyTax.

Selain itu pembayar cukai turut dinasihatkan untuk memastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967.

Baca juga 6.1% dividen KWSP 2021 telah dikreditkan ke akaun, ini cara buat semakan

Ia perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses mengisi e-Filing dan semakan pematuhan oleh LHDN pada masa hadapan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui:

Iklan

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Semoga bermanfaat!