13 kelebihan amalkan ayat Kursi lebih istimewa hari Jumaat

MEMBACA ayat al-Kursi merupakan salah satu amalan yang tidak boleh sesekali ditinggalkan terutamanya setiap kali selepas solat fardu.

Sehubungan itu, selepas ini pastikan walau sibuk macam mana sekalipun, kita tetap perlu membaca ayat al-Kursi kerana itu adalah amalan yang disarankan Nabi Muhammad SAW.

Sebaiknya selepas memberi salam, kita perlu membaca istighfar sekurang-kurangnya tiga kali, kemudian membaca ayat al-Kursi serta zikir lain.

Ayat 255 dari Surah al-Baqarah itu dikenali sebagai ayat al-Kursi. Ia juga digelar sebagai penghulu segala ayat al-Quran. Ayat kursi merupakan ayat yang paling mulia daripada seluruh ayat yang terdapat di dalam ayat al-Quran.

Ayat itu diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW di mana turut diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya.

Dikenali ayat Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’ yang bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Antara kelebihannya;

1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan selalu dicintai dan dipelihara ALLAH Taala sebagaimana ALLAH memelihara Nabi Muhammad SAW.

2. Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, ALLAH akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan ALLAH akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.

Baca juga Tamat hafaz 30 juzuk al-Quran pada usia 10 tahun, ibu ini kongsi amalan anak

Ayat Kursi

3. Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, ALLAH akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan semua malaikat akan memohon keampuan dan mendoakan si pembaca.

4. Sesiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, ALLAH akan mengurniakan segala kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.

5. Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi daripada segala bencana dan gangguan syaitan.

6. Sesiapa yang membaca ketika dalam kesempitan, ALLAH akan memberi pertolongan kepadanya.

7. Sesiapa yang pulang ke rumah kemudian membaca ayat Kursi, ALLAH akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Iklan

8. Sesiapa dalam kalangan umat yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, ALLAH akan memelihara daripada kejahatan syaitan.

9. Sesiapa yang membacanya nescaya ALLAH akan mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikan dan menghapuskan keburukannya dari saat itu hingga keesokan harinya.

10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-ALLAH boleh membakar jin dan syaitan.

Baca juga Istimewanya seorang hafiz al-Quran, jasad Ustaz Idris terpelihara hanya pakaian hangus terbakar

11. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, mereka akan berada dalam lindungan ALLAH hingga solat yang lain serta terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.

12. Sekiranya anda membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidur, ALLAH akan membuka pintu rahmat serta memelihara baginya hingga Subuh.

Iklan

13. Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Sumber: Mohd Ibrahim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!