5 sebab pengguna telefon 3G wajib beralih ke 4G sebelum 31 Disember ini

A
A
A

BARANGKALI telefon bimbit dan peranti yang menggunakan rangkaian 3G mungkin masih banyak digunakan oleh segelintir daripada kita.

Tahukah korang bahawa rangkaian 3G bakal akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2021?

Maka, bagi korang yang masih menggunakan telefon bimbit dan peranti yang hanya menyokong 3G, bolehlah membuat perancangan mendapatkan peralatan baru segera, kira-kira sebulan dari sekarang.

Manakala pengguna yang masih memiliki kad SIM yang hanya menyokong rangkaian 3G disaran segera menghubungi penyedia perkhidmatan terdekat untuk menaik taraf ke 4G bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui punca rangkaian 3G ditamatkan. Berikut disenaraikan lima info berkaitan kelebihan rangkaian 4G yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya 1 Januari 2022.

1.Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM), penamatan rangkaian 3G merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan liputan jalur lebar yang lebih menyeluruh dan berkualiti tinggi di bawah inisiatif Infrastruktur Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

2. Ia bertujuan untuk mengguna semula spektrum yang sedia ada bagi mengukuhkan rangkaian 4G.

3. Penggunaan 4G secara menyeluruh membolehkan penyedia rangkaian mudah alih meningkatkan ketersambungan digital dan memberikan pengalaman 4G yang lebih baik dan menarik kepada pelanggan dan isi rumah.

4.Sebanyak 94.03 peratus kawasan berpenduduk mempunyai akses 4G.

5. Rangkaian 4G menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih pada kelajuan 31.34 megabit sesaat yang direkodkan setakat 30 September 2021.

Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca