SUSUN atur dapur merupakan jantung rumah, boleh mudahkan tugas siapa yang memasak.

Dapur juga adalah antara ruang yang paling penting dalam sesebuah rumah kerana di situlah terjadinya aktiviti ‘bonding’ keluarga.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Bagaimana kita jaga jantung kita supaya dapat berfungsi dengan baik, macam itu jugalah kita patut menjaga jantung rumah kita, iaitu dapur!

Jika susun atur dapur berselerak, tidak kemas, memasak pun tiada ‘mood’ kan? Barangkali selepas itu bungkus makanan di kedai sahaja.

Apabila memiliki dapur yang cantik dan ada kelengkapannya cukup, kita akan rasa bersemangat.

Pendek kata, setiap teruja untuk menyediakan juadah keluarga.

Perlu diketahui bahawa terdiri daripada pelbagai jenis. Ada dapur basah dan dapur kering. Mungkin ada juga yang berminat membina dapur dalam atau luar rumah.

Akan tetapi tidak kiralah berapa banyak mana dapur sekalipun, jika susun atur tidak sesuai, ia boleh jadi tidak menarik.

Ada enam jenis utama susun atur ruang dapur yang selalu dipilih bila hendak membina bahagian dapur.

Selalunya ia bergantung pada jenis rumah, saiz dapur dan mengikut keselesaan penghuni rumah.

1) Dapur satu dinding

6 susun atur dapur menarik, penting untuk mudahkan kerja

Dapur satu dinding adalah susun atur dapur yang sangat sesuai untuk tempat tinggal yang kecil seperti unit studio atau pangsapuri kerana ia menggunakan ruang yang minimum.

Baca juga Guna microwave senang panaskan makanan, hati-hati perlu cara yang betul

Susun atur dapur kecil ni menempatkan ketiga-tiga pusat kerja dalam satu barisan, dengan kabinet dan peralatan memasak yang dipasang pada satu dinding tunggal.

Ada yang mengatakan pusat kerja di dapur tak sepatutnya diletakkan bersebelahan begitu kerana tak ada ruang kosong antara mereka.

Namun, konsep dapur satu dinding ni adalah yang paling murah dan sangat sesuai untuk ruang yang kecil. Memasak juga sangat mudah kerana semuanya senang dicapai.

2) Dapur bentuk-L

6 susun atur dapur menarik, penting untuk mudahkan kerja

Susun atur dapur ini sesuai untuk rumah yang didiami oleh keluarga kecil dan mungkin juga untuk mereka yang mempunyai ruang lantai dapur yang tak terlalu besar.

Ia menggunakan dua dinding dalam bentuk-L untuk meletakkan kabinet, countertop, dan peralatan dapur.

Ketiga-tiga pusat kerja dapur juga diintegrasi dengan cekap dalam dapur bentuk-L untuk memudahkan proses memasak.

Jika masih ada ruang kosong, boleh ditambah meja makan kecil atau pulau mengikut kesesuaian ruang, barulah nampak cantik je susun atur dapur tu!

3) Dapur bentuk-U

6 susun atur dapur menarik, penting untuk mudahkan kerja

Design dapur bentuk-U pula mempunyai tiga dinding kabinet dan peralatan. Jika mempunyai ruang dapur yang besar atau mungkin menghabiskan banyak masa di dapur inilah susun atur sesuai.

Ia menyediakan tempat kerja yang lebih besar, dengan kaunter dan ruang kabinet tambahan pusat kerja dapur juga sangat berkesan kerana susun atur ini membantu menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak.

4) Dapur peninsula atau bentuk-G

6 susun atur dapur menarik, penting untuk mudahkan kerja

Iklan

Dapur peninsula selalunya direka dengan pulau yang bersambung. Ruang ekstra ni selalunya digunakan sebagai meja sementara, ruang penyimpanan atau tempat makan.

Berbeza dengan pulau yang selalu diletakkan di dapur tu, ruang ini boleh diakses dari tiga sisi sahaja.

Pada yang teringin untuk menambahkan pulau di dapur mungkin boleh menggunakan susun atur dapur ini. Boleh menggunakan ruang itu untuk menyediakan bahan masakan.

5) Dapur dengan pulau (Island)

Susun atur dapur menggunakan pulau akan memberikan lebih banyak ruang untuk bekerja dan menyimpan jadi nak masak pun rasa lagi mudah.

Pulau ni boleh digunakan untuk ruang kabinet, perkakas, sink, kaunter, atau tempat makan.

Jika tambah pulau pada dapur bentuk-L ia akan menjadi seperti dapur bentuk-U, dan kalau pulau ditambah pada dapur satu dinding, ia terus akan menjadi seperti dapur design galei. Menarikkan?

Ada juga design terbaru di mana susun aturnya meletakkan dua pulau dalam satu dapur, cantik!

Ini hanya praktikal untuk ruang dapur yang sangat luas, dan mungkin kalau ada ramai yang suka memasak.

Jika tak digunakan sebagai tempat penyediaan untuk memasak pun, mungkin satu lagi pulau ekstra boleh dijadikan tempat anak makan dan bermain ketika sibuk di dapur.

Walau bagaimanapun, sebelum menambahkan pulau ini, pastikan dulu yang ruangan dapur itu memang cukup besar.

Baca juga Kulit melecur, buta gara-gara pressure cooker, hati-hati gunakannya, 6 tip ini pastikan buat

6 susun atur dapur menarik, penting untuk mudahkan kerja

6) Dapur galei (galley)

Dapur design galei adalah salah satu susunan yang paling cekap. Ia juga dikenali sebagai dapur selari dan sangat sesuai untuk ruangan yang kecil kerana dapat menjimatkan ruang lantai.

Iklan

Susun atur dapur jenis ni menggunakan dua dinding yang bertentangan antara satu sama lain, yang mewujudkan satu jalan di tengah-tengah.

Semua bahan yang diperlukan ketika memasak boleh diambil dengan mudah dan pusat kerja juga diletak dalam posisi yang praktikal.

Jika masih ada ruang yang besar di bahagian tengah, boleh tambahkan pulau untuk membuatkan dapur nampak lebih moden.

Semoga bermanfaat!

Sumber: propertyguru

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI