7 aksi meme 'buang saka' jadi bahan netizen, janganlah sakat mak cik tu lagi

A
A
A

DALAM negara berdepan masalah banjir ketika ini dan pandemik Covid-19 yang semakin hari menunjukkan ribuan kes baharu, tular pula sebuah video pendek mak cik membuang sampah dari atas jambatan.

Video berdurasi 2 minit itu dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Tham Lai Keang semalam.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang mak cik dengan rasa tidak bersalah mencampakkan sebuah beg plastik menerusi tingkap kereta Perodua Bezza.

Kelihatan juga aliran jalan raya itu sedikit perlahan gara-gara keretanya berhenti sedikit ke tepi jalan untuk membuat kerja terkutuk itu.

7 aksi meme 'buang saka' jadi bahan netizen, janganlah sakat mak cik tu lagi

Sehubungan itu, netizen mula membuat meme aksi mak cik berkenaan yang dikatakan sedang membuang 'saka'.

Perkongsian empat foto grafik yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @headsink ternyata menjadi tarikan warganet dan telah mendapat lebih 5300 ulang kicau dan hampir 7000 tanda suka.

Terdahulu, video tersebut membangkitkan amarah netizen dengan menghemburkan pelbagai kata-kata kesat.

Artikel berkaitan: JPJ tak ‘diam’, mula siasat wanita dakwa buang ‘saka’ dalam sungai

7 aksi meme 'buang saka' jadi bahan netizen, janganlah sakat mak cik tu lagi

7 aksi meme 'buang saka' jadi bahan netizen, janganlah sakat mak cik tu lagi

7 aksi meme 'buang saka' jadi bahan netizen, janganlah sakat mak cik tu lagi

7 aksi meme 'buang saka' jadi bahan netizen, janganlah sakat mak cik tu lagi

7 aksi meme 'buang saka' jadi bahan netizen, janganlah sakat mak cik tu lagi

Mereka menyelar perbuatan sikap buruk mak cik tersebut yang mencemarkan alam sekitar.

Sehingga kini video itu telah mendapat 27 ribu shares dan lebih 7600 komen.

Terdapat juga individu tampil memaklumkan sampah yang dibuang mak cik berkenaan sebenarnya adalah saka.

Menurutnya, saka itu adalah daripada perawat tradisional yang meminta membuang ke dalam arus sungai yang mengalir.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab.

Sayangi sungai kita dan cintailah alam sekitar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca