LENDIR pada bendi adakalanya akan menimbulkan rasa yang tidak selesa sewaktu mengunyah. Kadang-kadang boleh menyebabkan kita tercekik dan hal ini pastinya merbahaya.

Sebenarnya masih terdapat beberapa cara untuk menghilangkan lendir pada bendi ini. Pastinya hanya menggunakan barang-barang yang mudah didapati dari dapur anda.

1. Rendam dengan cuka makanan

Rendam bendi yang telah dipotong bersama dengan 2 sudu cuka makan. Biarkan selama 5 minit. Kemudian, rendam airnya dan rendam kembali dengan air biasa. Ramas bendi dan buangkan lebihan lendir yang masih ada. Toskan semula dan cuci lagi sebelum digunakan untuk memasak.

2. Basuh dengan asam jawa

Potong bendi, kemudian basuhkan bendi bersama dengan air asam jawa. Boleh juga rendamkan bendi seketika dengan air asam jawa untuk hilangkan lendir.

3. Garam

Selepas memotong bendi, cuci dan bersihkan bendi seperti biasa. Ambil garam secukupnya dan gaulkan. Biarkan seketika dan cuci terlebih dahulu sebelum masak. Perhatikan lendir pada bendi sudah berkurangan.

4. Rebus

Salah satu kaedah yang tanpa memerlukan beberapa cara di atas adalah dengan merebus. Gunakan teknik memasak yang melibatkan proses merebus seperti singgang, masak asam pedas dan kuah kari.

5. Lapkan

Kadangkala beberapa teknik di atas seperti merendam dengan air asam jawa dan menggaulnya dengan garam mampu menghilangkan rasa ‘manis’ atau rasa semula jadi pada bendi.

Cara ini mungkin agak remeh, tetapi bolehlah dicuba bagi mengekalkan rasa bendi. Caranya belahkan bendi terlebih dahulu. Bersih dan toskan. Kemudian biarkan bendi bertapis dalam bekas berlubang. Ambil kain yang bersih dan lapkan tengah-tengah bendi.

Iklan

6. Basuh bendi terlebih dahulu

Sebelum dipotong dan disiang. Basuh bendi terlebih dahulu kemudian sejatkan dalam penapis. Bila air benar-benar kering, barulah bendi dipotong. Tak perlu membasuh lagi bendi selepas dipotong.

7. Jangan potong bendi terlalu awal

Potong bendi sewaktu kuah betul-betul menggelegak atau sewaktu anda benar-benar hendak masukkannya dalam masakan. Cara ini adalah untuk tidak membiarkan bendi mengeluarkan lebih banyak lendir selepas dipotong dan dibiarkan terlalu lama.

Iklan

Semoga perkongsian tip ini memberi manfaat kepada anda semua!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH