Gangguan bekalan air, 1,000 kawasan terlibat. Air Selangor dedah pencemaran jadi punca, 5 tip & info pengguna perlu tahu

No Image Caption
A
A
A

LEBIH 1,000 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA).

Masalah bekalan air tidak berjadual ini disebabkan oleh henti tugas sementara itu membabitkan LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan memaklumkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Dalam perkembangan terkini, keempat-empat LRA telah beroperasi sepenuhnya dan bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna.

Sehingga jam 6 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9 peratus.

No Image Caption

Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 40 peratus pada jam 8:00 pagi, 25 Julai 2024 (Khamis) diikuti dengan 90 peratus pada jam 8:00 malam, 25 Julai 2024 (Khamis). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 8:00 pagi, 26 Julai 2024 (Jumaat).

Artikel Berkaitan:

Untuk makluman, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Berikut lima info pengguna perlu tahu:

1-Air Selangor berusaha meminimumkan impak kepada para pengguna dengan menyalurkan bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas.

2-Keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

3-Air Selangor juga akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

4-Bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai seperti berikut:

KUALA LUMPUR

-PKS Hospital Kuala Lumpur

-PKS Masjid Wilayah Persekutuan

KLANG

-PKS Jalan Delima 8 Bandar Parkland

-PKS Masjid Sementa

-PKS Sultan Suleiman, BSS

-PKS Taman Rakyat

KUALA SELANGOR

-PKS Air Selangor Office Kuala Selangor

-PKS Stadium Puncak Alam

GOMBAK

-PKS Bandar Sri Damansara

-PKS Seksyen 2 Wangsa Maju

PETALING

-PKS Paya Jaras

-PKS Sri Petaling

-PKS Kota Damansara

-PKS Seksyen 17

-PKS Taman Tun Dr Ismail

SHAH ALAM

-PKS Dewan Bola Tampar Seksyen 4

-PKS Jalan Gapis Seksyen 27

No Image Caption

5-Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor untuk senarai kawasan yang terjejas akibat henti tugas empat LRA berkenaan.

6 TIP HADAPI MASALAH BEKALAN AIR MENGEJUT

a) Air mineral

Beli air mineral untuk diminum di rumah. Jadi anda boleh menggunakan air yang disimpan untuk keperluan lebih penting seperti urusan di bilik air.

b) Alas pinggan dengan plastik

Boleh juga alas pinggan dengan plastik seperti kedai nasi kandar. Anda tidak mengotorkan pinggan dan jimat air untuk mencuci. Plastik jangan lupa kitar semula ya!

c) Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang

Jangan bazirkan air untuk mencuci pnggan. Justeru, beli stok pinggan gelas dan sudu pakai buang. Murah dan menjimatkan.

d) Water dispenser letak berhampiran singki

Isi air ke dalam bekas dispenser letak ke singki sebagai memudahkan anda mencuci apa sahaja. Ia berfungsi seperti paip.

No Image Caption

e) Botol spray untuk ambil wuduk

Gunakan cara yang biasa dipraktikkan oleh jemaah haji dan umrah di Makkah untuk ambil wuduk. Cara ini tidak menggunakan banyak air dan boleh bawa ke mana-mana.

f) Sediakan tisu basah

Untuk mencuci tangan yang tidak berapa kotor, tumpahan makanan dan sebagainya boleh pakai tisu basah sebagai alternatif.

Sumber: Air Selangor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang