[8 gambar] Dulang berkerak, dicemari najis tikus, keadaan dalam kilang roti di Pulau Pinang tular
ENAK dan gebu roti yang dihasilkan namun siapa menyangka serbuan ke atas kilang menemukan pelbagai kekotoran termasuk najis haiwan.
Baru-baru ini kilang fucuk, tauhu dan belacan, kini viral pula kilang roti yang beroperasi dalam keadaan tercemar serta tidak menepati standard keselamatan kualiti makanan.
Kilang roti yang terletak di Raja Uda, Pulau Pinang itu diserbu dalam Ops Bersih Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) semalam.
Apa yang meloyakan ialah najis tikus ditemui di tempat penyimpanan dulang roti yang sudah lama tidak digunakan.
Baca juga: [5 Gambar] Tong kicap dicemari bulu haiwan, botol kitar semula tak bersih, kilang 50 tahun diarah tutup
Tidak hanya itu, menerusi paparan foto, dulang pembakar roti juga didapati kotor dan berkerak.
Menurut Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd Wazir Khalid, premis pemprosesan makanan itu kotor dan tidak menepati standard keselamatan dan kualiti makanan.
“Kita menemukan kesan lapisan minyak pada troli dulang bertingkat dan dulang roti itu sendiri sehingga menyebabkan kesan minyak menitis ke atas roti mentah pada bahagian bawah.
"Ini seterusnya menyebabkan pencemaran dan keracunan makanan,” katanya.
Kilang tersebut dikenakan empat kompaun yang bernilai kira-kira RM4,000 dan diberikan Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan diarahkan tutup selama dua minggu berkuat kuasa 11 November 2021.
Dalam pada itu, JKNPP turut mengemukakan notis yang sama sebuah kilang kicap di Bagan Ajam kerana gagal mengamalkan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).
Arahan penutupan premis selama dua minggu dibuat bagi membolehkan proses pembersihan dilakukan seperti ditetapkan.
Diharapkan pengusaha industri makanan peka dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjalankan operasi.
Sehubungan itu, tindakan dan pemantauan daripada pihak berkuasa diharap berterusan dilakukan di seluruh negara bagi memastikan produk makanan yang dipasarkan bersih dan terjamin.
Oktober lalu, kilang memproses fucuk di Pulau Pinang didapati kotor dan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan KKM. Kilang yang sudah beroperasi 10 tahun tanpa lesen.
Baca juga: Meloyakan, Kilang Fucuk Penuh Najis Tikus Diarah Tutup, Berikut 10 Fakta Mengenainya
Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang