Air Terjun Berkelah kotor, sikap pentingkan diri susahkan orang lain

A
A
A

AIR terjun adalah salah satu tempat yang nyaman dan mendamaikan.

Ia juga lokasi menarik untuk bermandi-manda bersama keluarga atau rakan disamping menghirup udara yang segar.

Seronok sebenarnya dapat bermesra dengan alam semula jadi ni, sambil mandi-manda air terjun boleh juga berkelah kan.

Tapi, yang tak bestnya bila ada pengunjung yang tidak bertanggungjawab mencemari tempat itu dengan sampah sarap.

Itulah realiti yang berlaku di Air Terjun Berkelah, Pahang seperti yang dikongsikan Facebook Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Menurutnya, setiap orang mahukan air terjun yang bersih. Tapi apabila dah bersih, kita pula yang kotorkan balik, jenis pentingkan diri sendiri.

"Alah, plastik sikit je," kita kata. Kalau 10 orang fikir benda sama, tak ke banyak jadinya? Kalau 10 orang start buang sampah merata-rata, tak ke

berpuluh-puluh beratus-ratus ikut perangai sama?

Perubahan tu kena mula daripada kita dulu. Baru anak-anak kita ikut.

Di samping itu, SWCorp turut menyeru agar orang ramai supaya katakan #TakNakPlastikBaru dan amalkan #GunaSemulaPlastikLama dalam kehidupan seharian.

Air Terjun Berkelah kotor, sikap pentingkan diri susahkan orang lain

Artikel berkaitan: Awas hati-hati penggemar emas, tipu timbang taktik licik si penjual

Jerangkang Truck bantu kutip sampah

Namun, apa yang mengejutkan, selepas sehari tular foto tersebut, tampil sekumpulan grup anak muda yang berhati mulia telah mengutip semua sampah sarap di situ.

Menerusi perkongsian Jerangkang Truck kepada Facebook Kuantan mengatakan kawasan tersebut sudah dibersihkan dan beberapa foto kawasan tersebut turut dikongsi.

Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet, rata-rata mengucapkan tahniah untuk anak muda yang turun membersihkan kawasan tersebut dengan segera.

Kata mereka, Syabas Jerangkang truck, terima kasih di atas keprihatinan dan kesungguhan team anda. Semoga akan lahir lebih ramai sukarelawan seperti team anda.

Dan semoga pengungjung mana-mana tempat perkelahan membawa pulang sampah masing-masing. Jadilah manusia yang bertangungjawab.

Syabas anak muda ini! Kita memerlukan lebih banyak anak muda seperti mereka. Yang paling penting cuba belajar daripada mereka. Sampah tolong jangan buang merata-rata tempat. Sikap tunggu MPK, alam flora atau pihak berkuasa kutip ini tak betul. Harap siapa yang buang sampah itu sedar.

Mulia sungguh hati yang sudi membersihkan kawasan perkelahan tu, semoga mereka dimurahkan rezeki dan dilimpahi dengan setimpal apa yang mereka buat itu. Besar pahalanya.

Ya Allah kurniakan anak-anak muda ini kekuatan dan kecergasan selalu dalam membantu menjaga alam sekitarkerana Allah suka pada kebersihan.

Tahniah anak muda! Anda telah menunjukkan amalan murni buat masyarakat.

H: Ayam goreng penuh ulat, ini respon McDonald's Malaysia PADA minggu lalu kecoh di laman Twitter apabila seorang pelayar memuat naik sekeping foto ayam goreng yang baru dibelinya dipenuhi ulat. Perkongsian tersebut menjadi tular sehingga ramai netizen turut meluahkan rasa geli dan kotor serta ada yang provot terhadap restoran makanan segera itu. Namun, empat hari selepas perkongsiannya tular, Arabella @rabbykrabby sekali lagi memuat naik satu posting memohon maaf yang turut mendapat perhatian wargamaya. Katanya, dia menyesal membuat dakwaan secara tersurat atau tersirat bahawa McDonald’s Malaysia menyajikan produk Ayam Goreng McD yang telah tamat tempoh untuk dimakan, kotor, busuk, penuh berulat, tidak selamat dan merbahaya kepada kesihatan pelanggan-pelanggannya. Dia turut mengakui bahawa kenyataannya itu telah dibuat secara melulu dan tanpa usul periksa. Pada hakikatnya, Ayam Goreng McD yang dia paparkan dalam ciapan Twitter tersebut telah dibeli dan disimpan di rumahnya beberapa hari sebelum itu. Oleh itu, ianya telah terdedah kepada suhu persekitaran yang mengakibatkan makanan tersebut menjadi tercemar. Dia juga turut memohon maaf kepada pihak McDonald's Malaysia kerana membuat dakwaan-dakwaan yang palsu dan bersifat memfitnah berkenaan produk-produk McDonald’s dan sedar bahawa kenyataannya tersebut telah mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan reputasi dan perniagaan McDonald’s Malaysia. Sehubungan itu, semalam dalam satu kenyataan, McDonald's Malaysia telah memberi respon berkaitan tuntutan palsu yang tular di media sosial itu. Katanya, McDonald's Malaysia merujuk kepada artikel dan komen media yang kini meluas di media sosial mengenai netizen yang membuat tuntutan palsu mengenai makanan McDonald's Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca