BERSELAWAT bererti menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah SAW ke atas diri kita.

Di samping itu ia dianggap sebagai mensyukuri nikmat ALLAH yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah SAW kepada kita.

Berselawat juga bermakna zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan ALLAH dan melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada-NYA ke atas Rasulullah SAW dan diri sendiri.

Berselawat juga memberi kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia dan akhirat.

Justeru, mengambil keberkatan dan kelebihan selawat semua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan mengadakan aktiviti ‘PKRC Berselawat’ setiap Jumaat bermula pukul 7 pagi.

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), ‘PKRC Berselawat’ merupakan salah satu ikhtiar dalam mendoakan kesejahteraan negara dan menyemarakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kalangan petugas dan pesakit di pusat berkenaan.

Menurutnya, program pengisian rohani tersebut juga diharapkan menyuntik semangat dan memberi kekuatan kepada petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat memerangi pandemik Covid-19.

Awas! PKRC Maeps 2.0 kritikal, pesakit Covid-19 kategori 3 semakin bertambah

Sementara itu, berikut antara kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW:

1. Mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada ALLAH setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada ALLAH bererti rahmat).

2. Dikurniakan oleh ALLAH 10 darjat atas tiap-tiap satu selawat.

3. Dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat.

4. Dihapuskan oleh ALLAH 10 kejahatan atas setiap selawat.

5. Segala doa akan diperkenankan ALLAH.

6. Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.

7. Mendapat keampunan ALLAH dan ditutup segala keaiban.

8. ALLAH akan menutupi segala dukacita.

9. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah SAW.

10. Mendapat darjat al-Sidq.

11. Ditunaikan segala hajat.

12. Salam sejahtera pada hari kiamat.

13. ALLAH dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

14. Mendapat khabar gembira daripada ALLAH dengan balasan syurga.

15. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

Iklan

Selawat

16. Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

17. Mudah mengingati semula perkara-perkara yang lupa.

18. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat dan tidak akan kecewa pada hari itu.

19. Tidak akan merasai fakir.

20. Terpelihara daripada sifat bakhil.

21. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada yang berselawat.

22. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

23. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama ALLAH dan Rasul-NYA atau daripada majlis-majlis lagHA.

24. Berselawat menyempurnakan kalam pujian ALLAH apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Iklan

25. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

Selawat
MEREKA yang sering melazimkan diri dengan berselawat berpeluang untuk memperoleh syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.

Baca juga Jangan malas bersedekah, tak perlu tunggu Ramadan. 5 janji ALLAH orang rajin sedekah

26. Disambut oleh ALLAH pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

27. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada ALLAH.

28. Mendapat keberkatan daripada ALLAH.

29. Mendapat kesempurnaan iman.

30. Kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.

31. Mendapat hidayah ALLAH dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

32. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah SAW secara
langsung.

Sumber: Portal Mufti Kerajaan Negeri Sembilan