Aktiviti jalan-jalan luar negara mungkin tak akan kembali normal hingga 2023 kata pakar

A
A
A

LAMA 'terperap' di rumah apalagi hanya berada dalam negara angkara wabak Covid-19 durjana pasti meruntun hati yang bergelojak mahu melihat dunia luar bukan?

Bagi yang kaki melancong pasti sudah menggeletis rasa hendak berjalan-jalan. Yalah... boleh panas punggung dibuatnya apabila hobi dan aktiviti yang sebelum ini lazim dilakukan tetapi tersekat dek keadaan yang tidak diizinkan.

Begitupun percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... termasuklah sekali pun tidak dapat melancong ke luar negara.

Industri pelancongan antarabangsa dilaporkan kemungkinan tidak akan kembali normal sekurang-kurangnya tiga tahun.

Semuanya dek usaha semua masyarakat di seluruh dunia pada masa ini untuk 'bangkit' setelah kehidupan dibelenggu susulan wabak jahat koronavirus, kata sebuah persatuan pelancongan utama.

Pembukaan semula ekonomi dunia yang lebih perlahan daripada yang dijangkakan ditambah dengan sekatan perjalanan yang berterusan dan ketakutan terhadap Covid-19 dalam kalangan pelancong menyebabkan sebahagian besar pelancongan dunia ditangguhkan hingga 2023.

Itu laporan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Lonely Planet.

Ya, industri penerbangan juga tersontot yang mungkin terhad hanya dalam negara susulan ketidakselesaan pelancong untuk 'terbang' semasa wabak.

Tinjauan baru-baru ini mendapati bahawa 69 peratus pelancong lebih suka tinggal di rumah daripada menghadapi tempoh kuarantin 14 hari ketika mereka tiba di destinasi mereka, kata tinjauan - sesuatu yang didesak oleh IATA terhadap pemerintah untuk mempertimbangkannya semula.

"Untuk melindungi kemampuan penerbangan bagi menjadi pemangkin pemulihan ekonomi, kita tidak boleh memperburuk prognosis itu dengan menjadikan perjalanan tidak dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah kuarantin," kata Alexandre de Juniac, pengarah dan CEO persatuan itu, kepada Lonely Planet lapor New York Post.

Artikel berkaitan: Krisis Covid-19 ubah cara bekerja, melancong dan berbelanja. Bersediakah kita?

Menurut de Juniac, pihaknya memerlukan penyelesaian untuk perjalanan yang selamat yang dapat mengatasi cabaran-cabaran itu.

"Ia mesti memberi keyakinan kepada penumpang untuk melakukan perjalanan dengan selamat dan tanpa kerumitan yang berlebihan.

"Harus juga memberi keyakinan kepada pemerintah bahawa mereka dilindungi dari 'mengimport' virus tersebut," de Juniac lagi.

Penumpang menaiki penerbangan di Shenzhen, China. Foto Reuters

Persatuan itu mengatakan bahawa mereka menjangkakan perjalanan domestik akan mendahului sebelum pemulihan daripada Covid-19 berjalan lancar.

Akan tetapi trafik penumpang global tidak mungkin kembali ke tahap pra-pandemik hingga sekurang-kurangnya 2023, kata mereka.

Kumpulan itu menganggarkan permintaan perjalanan antarabangsa akan 24 peratus di bawah tahap 2019 menjelang tahun depan.

Baru-baru ini, IATA menetapkan prinsip untuk pembukaan semula ruang udara dan bersumpah untuk mengutamakan keselamatan serta menggunakan sains dan teknologi baru untuk mewujudkannya.

Bagaimanapun, laporan terbaharu menunjukkan bahawa perjalanan udara komersial mungkin tidak akan pulih sepenuhnya.

Harapan SinarPlus agar cepat-cepatlah Covid-19 ini pulih. Jika tidak dapat ke luar negara pun, sekurang-kurangnya dapat melancong dalam negara pun dah ok kan... -AG #rantaiankasih

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca