Alhamdulillah, solat sunat tarawih dibenarkan secara berjemaah

Daftar kod QR untuk solat Jumaat di Masjid dengan konsep ‘siapa dulu’
Daftar kod QR untuk solat Jumaat di Masjid dengan konsep ‘siapa dulu’
A
A
A

ALHAMDULILLAH! Ummat Islam seluruh negara menarik nafas lega apabila diumumkan dapat mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah.

Mana tidaknya, pada tahun lalu kita semua tidak dibenarkan berjemaah di surau atau masjid.

Syukurnya! Kurang 30 hari lagi menjelangnya Ramadan, solat tarawih dibenarkan sepanjang bulan walaupun dengan SOP ketat.

Orang ramai boleh mendirikan solat sunat tersebut secara berjemaah di masjid atau surau dan jumlah kehadiran tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan PKPB, sebentar tadi.

Warganegara asing boleh tunai solat berjemaah, pelapik kertas pakai buang ganti sejadah

Selain itu, pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri turut diberi kelonggaran untuk beroperasi di seluruh negara.

Bolehlah merasa kembali kenikmatan berpuasa seperti tahun-tahun yang lalu.

Namun perlu diingatkan kita hidup dalam keadaan norma baharu yang memerlukan patuh kepada SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Sementara itu, Ismail turut mengingatkan kompaun RM10,000 kerana melanggar SOP adalah nilai maksimum dan boleh dirayu kepada KKM untuk pengurangan.

Katanya, nilai kompaun mengikut kategori kesalahan akan diumumkan dari masa ke semasa.

Selain itu, beberapa negeri PKPB telah bertukar kepada PKPP berkuatkuasa 19 - 31 Mac iaitu Kedah (kecuali Kuala Muda dan Kulim yang dikenakan PKPB), seluruh Perak dan Negeri Sembilan (kecuali Seremban yang dikenakan PKPB).

Negeri-negeri yang kekal PKPB berkuat kuasa pada 16-29 Mac adalah;

1. Selangor

2. WP Kuala Lumpur

3. Johor

4. Pulau Pinang

5. Kelantan

6. Sarawak

Baca juga Beli mangga di lampu isyarat, kena sama RM2,000

Kes baharu positif Covid-19 turut mencatat penurunan sejak seminggu yang lalu dengan merekodkan 1,063 kes hari ini.

Jadi, teruslah kita mematuhi SOP yang ditetapkan agar rantaian Covid-19 ini segera diputuskan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca