SEJAK kebelakangan ini semakin ramai golongan muda menjaja makanan dan minuman berhampiran lampu isyarat di sekitar jalan raya utama di seluruh negara.

Tindakan tersebut dilihat menjadi trend dan kadang-kadang ia turut mengganggu aliran trafik.

Namun sebenarnya, menjaja makanan berhampiran lampu-lampu isyarat ini adalah satu kesalahan.

Memetik portal tempatan, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu merupakan satu kesalahan kerana cara itu bukan sahaja membahayakan penjual tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

Menurutnya, menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor.

Beli mangga di lampu isyarat, kena sama RM2,000

Antara lokasi yang dikenal pasti termasuklah di lampu isyarat pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.

Malah, pengguna jalan raya turut berdepan saman jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan tersebut.

Iklan

Katanya, mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.

Ayob Khan turut menasihatkan peniaga agar mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut lunas peruntukan undang-undang negara.

Baca juga Lupa imbas MySejahtera, remaja 17 tahun dikompaun RM10,000

Iklan

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan sebegitu.

Oleh itu, waspada wahai peniaga dan pembeli. Hentikanlah aktiviti penjualan seperti itu dan patuhilah undang-undang yang ditetapkan oleh negara ini.