'Anak baik, jaga ibu bapa sakit.' Atlet kayak parah dilanggar pemandu mabuk, diseret sejauh 600 meter, keluarga tuntut pembelaan

A
A
A

BAGAIKAN tiada kesudahan, pemandu mabuk terus mencetuskan kecelakaan. Terbaru atlet kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, menjadi mangsa kecuaian pemanduan di bawah di bawah pengaruh alkohol.

Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar semester keenam Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) Politeknik Ibrahim Sultan terdahulu menjadi perhatian ramai selepas video kemalangan ngeri tular di laman sosial.

Warga maya rata-rata meluahkan tidak puas hati apabila pemandu berkenaan membuat isyarat 'peace' selepas melanggar atlet muda itu.

Berikut adalah kronologi kejadian yang berlaku 11 Mei lalu:

1-Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal, dilanggar dari belakang oleh sebuah Toyota Vios kira-kira 4.30 petang di kilometer 3.5 Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi.

2-Menurut saksi dan rakaman kamera papan pemuka atau dashcam, kereta pelaku dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal. Mangsa kemudiannya diseret sejauh 600 meter.

3-Ketua Polis Daerah Johor Bahru selatan, ACP Raub Selamat berkata Siti Nurul Masyitah yang menunggang sebuah motosikal telah dilanggar dari arah belakang oleh kereta yang menukar haluan dari lorong tengah ke lorong kiri secara tiba-tiba.

4-Pemandu terbabit disahkan berada di bawah pengaruh alkohol telah ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan bagi membantu siasatan.

Baca juga: “Fadzli anak yang baik”- pekerja terlelap syif malam, penjelasan Pak Cik Shell buat netizen tersentuh

Baca juga: Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. 'Saya tidak pernah berdendam'

5-Kes disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 iaitu memandu dalam pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak lebih RM50,000.

6-Pemandu berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi memiliki tujuh rekod saman trafik yang gagal dijelaskan

Baca juga: Anak tak sempat bergelar doktor maut dilanggar bas universiti, ibu tuntut pampasan RM8.1 juta

Baca juga: Suami meninggal dunia dua bulan lalu, kini anak pula kemalangan ngeri. 'Ya ALLAH selamatkan kaki anakku'

7-Manakala ujian saringan air kencing juga mendapati pemandu terbabit bebas pengaruh dadah.

8-Raub juga mengesahkan pemandu mabuk yang terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis.

9-Siti Nurul Masyitah sering berulang-alik dari Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang ke rumah bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.

10-Pada waktu kejadian, Siti Nurul Masyitah dalam perjalanan ke pusat latihan di Persatuan Kanu Negeri Johor, Bakar Batu di Johor Bahru.

11-Susulan kemalangan ngeri, atlet wanita itu mengalami kecederaan retak bahu kanan, tulang pinggul dan luka di bahagian kaki,.

12-Siti Nurul Masyitah yang mengalami kecederaan serius terdahulu menerima rawatan di Hospital Columbia selesai menjalani pembedahan tulang pelvis dan bahu kanan.

13-Menurut abangnya, Muhamad Syafiq, 29, Siti Nurul Masyitah yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) terpaksa menjalani dua pembedahan tersebut sekali gus.

14-Akan datang, anak kelima daripada lapan beradik itu dijadualkan untuk menjalani pembedahan plastik memandangkan kulit tidak boleh diambil dari anggota badannya yang lain.

Baca juga: Isteri meninggal dunia kemalangan, suami rayu orang awam kongsi rakaman ‘dashcam’

Baca juga: Mulianya hati, 2 hari bertarung nyawa, lelaki dirempuh ketika bantu pengantin accident meninggal dunia. Berikut kronologi kemalangan maut

IBU MAHU KEADILAN & TINDAKAN SEWAJARNYA

Ibu dan abang Siti Nurul Masyitah menerima kunjungan Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Hairi Md Shah

Ibunya, Saloma Ramli, 58, menzahirkan kesedihan dan berharap agar anak kelimanya itu mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak berkuasa manakala pelaku tersebut diambil tindakan.

"Saya amat sedih dengan kemalangan yang menimpanya dan harapan saya, pelaku tersebut diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa,” katanya.

Hati Saloma luluh memikirkan Siti Nurul Masyitah yang merupakan seorang anak yang rajin dan sering membantu merawatnya.

Selain menjaga ibu, atlet berbakat itu turut membantu bapanya yang tidak sihat dan memerlukan rawatan dialisis.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi bantuan yang diperlukan Siti Nurul Masyitah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, kementerian berkenaan sudah mengarahkan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Johor untuk berhubung dengan keluarga mangsa dan menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada Nurul Masyitah.

"Bukan semua atlet dalam keluarga yang senang, macam Siti Nurul Masyitah.

"Kami (KBS) sudah mengarahkan jabatan KBS Johor untuk berhubung dengan keluarga dan hulurkan bantuan yang diperluka," katanya.

Siti Nurul Masyitah adalah merupakan salah seorang atlet kayak dan Dragon Boat Malaysia.

Atlet muda itu pernah mengharumkan nama negara dengan membantu pasukan kebangsaan membawa pulang pingat gangsa Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Hairi Mad Shah yang turut melawat atlet tersebut berkata kerajaan negeri, akan terus memantau perkembangannya selain membantu dari segi rawatan.

Beliau berkata Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor juga bersedia untuk menampung kos pembelajarannya untuk masa hadapan.

“MSN memaklumkan akan tampung kos pembelajaran selepas beliau sihat sedia kala, kita ada peruntukan khas untuk pembelajaran atlet termasuk untuk menyambung diploma dan ijazah,” katanya.

Sama-sama kita doakan Siti Nur Masyitah segera pulih, aamiin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang