Antara 6 hotel dah tutup operasi, Hotel Istana juga umum berita mengejut, tawar VSS kepada pekerja
SETELAH lebih setahun berdepan pandemik Covid-19, sektor perhotelan negara semakin nazak apabila banyak
hotel dilaporkan sudah ‘check out’ daripada bisnes perhotelan sama ada menutup operasi secara penuh
atau sementara.
Ini kerana sektor perhotelan terus mencatatkan kerugian besar lantaran sekatan rentas negara, negeri
dan daerah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung jangkitan Covid-
19.
Terima nasib yang sama iaitu Hotel Istana Kuala Lumpur yang telah mengumumkan akan menamatkan operasi
pada September ini.
Berdasarkan satu kenyataan bertarikh 30 Jun 2021 yang ditandatangani Pengurus Besar Hotel, Noorazzudin Omar, pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi hotel bertaraf lima bintang yang berusia 29 tahun itu.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa pihak pengurusan Hotel Istana akan menawarkan skim pemisahan
sukarela (VSS) kepada para pekerja.
Menurut kenyataan itu, pihaknya sudah mencapai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan
semua pilihan yang ada.
"Dengan rasa dukacita kami ingin memaklumkan keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021."Di sini juga, kami inginkan memaklumkan, pihak hotel akan menawarkan kepada pekerja-pekerja skim VSS. Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam masa terdekat," katanya.
Selain itu, kata beliau, hotel itu masih tidak mampu menanggung kerugian operasi bulanan walaupun
digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak Covid-19.
Keadaan tersebut, katanya, telah memberi kesan kepada perniagaan, keuntungan dan bilangan pelanggan
yang menghuni hotel tersebut.
Hotel 23 tingkat dan 486 bilik yang siap dibina pada 1992 itu dimiliki Tradewinds Corp Berhad.
Sementara itu, selain Hotel Istana, banyak hotel-hotel lain yang telah menutup operasi, antaranya;
1. Royale Chulan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Hotel empat bintang terkemuka itu mengumumkan penamatan operasi bermula 11 Februari 2021.
2. Puteri Pacific Hotel, Johor
Hotel empat bintang itu menutup sepenuhnya operasi pada 30 Ogos 2020 selepas 29 tahun operasi.
3. Hotel Equatorial, Pulau PinangHotel yang memulakan perkhidmatan pada tahun 1989 itu menutup operasi sebelum Mac 2021.
4. Hotel Silka Maytower, Kuala Lumpur
Hotel di tengah bandar raya Kuala Lumpur ini menutup operasi pada 29 Januari 2021.
Baca juga Syarat mohon i-Citra lebih mudah, yang hilang pekerjaan dan sedang bekerja boleh memohon
5. Ramada Plaza, Melaka
Hotel kebanggaan negeri Melaka berusia 40 tahun itu menutup sepenuhnya operasi pada 30 Jun 2020.
6. Berjaya Tioman Resort, Pahang
Hotel ini secara rasmi menutup operasi pada 15 Jun 2020 selepas 50 tahun operasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang