MALAYSIA BOLEH!

Slogan patriotisme itu cukup ideal untuk menggambarkan kebolehan rakyat Malaysia mengharumkan nama negara di peringkat dunia dalam pelbagai bidang termasuk sukan.

Sehubungan itu, berbicara mengenai sukan hari ini dimaklumkan tiga lagi atlet para negara berjaya melayakkan diri beraksi pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan berlangsung antara 24 Ogos hingga 5 September 2021.

Perkara tersebut disahkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi laman sosial Facebook rasmi hari ini.

Tiga atlet para negara itu terdiri daripada pemain badminton, Didin Taresoh yang layak secara merit selepas berakhirnya tempoh kelayakan dengan menduduki ranking ke-7 dunia.

Didin Taresoh
TARESOH yang berada pada ranking ketujuh dunia bakal beraksi dalam kategori SS6 (kerdil).

Pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, beliau akan beraksi dalam kategori SS6 (kerdil).

Selain itu, atlet tenis kerusi roda, Abu Samah Borhan juga telah mengesahkan tiket kelayakan ke temasya paralimpik secara merit buat kali pertama.

Atlet berusia 32 tahun itu berjaya mengumpul sebanyak 608 mata dalam sembilan kejohanan terbaik dan berada dalam ranking ke-40 terbaik dunia.

Abu Samah
ABU SAMAH mencipta sejarah baharu sukan negara apabila julung kalinya pasukan tenis berkerusi roda berjaya mara ke Sukan Paralimpik dan secara merit.

Bukan itu sahaja, Abu Samah juga telah menyertai 16 kejohanan bermula tahun 2019 hingga tahun 2021 bagi merebut slot ke temasya Paralimpik Tokyo.

Ini termasuklah pernah menyertai temasya Paralimpik Rio melalui permohonan bipertite pada tahun 2016, namun kalah pada pusingan pertama.

Iklan

Artikel berkaitan99 Hari Menuju Olimpik Tokyo 2020 Di Musim Pandemik. 10 Fakta Menarik Ini Anda Mesti Tahu

Leik Hou
LEIK HOU yang pernah muncul juara dunia enam kali sebelum ini bakal bersaing dalam kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas).

Seterusnya ialah pemain badminton para, Cheah Leik Hou yang layak secara merit berdasarkan ranking ke-2 dunia selepas berakhirnya tempoh kelayakan.

Sepanjang tahun 2021 tempoh kelayakan ke Tokyo atlet berusia 33 tahun berkenaan berjaya menjuarai dua kejohanan antarabangsa iaitu Kejohanan Badminton Fazza Open di Dubai UAE dan Terbuka Sepanyol.

Jumlah kini menjadikan seramai 13 atlet layak ke temasya sukan tersebut dan menunggu 12 atlet lagi bagi melengkapkan senarai 35 atlet para negara.

Iklan

Tahniah dan selamat maju jaya SinarPlus ucapkan kepada kontinjen Paralimpik Malaysia yang bakal beraksi pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 nanti.

Sumber: Facebook Majlis Sukan Negara