Awas! 3 waktu ini mampu jejas kesihatan jika minum air teh

Untitled design (11)
Untitled design (11)
A
A
A

BAGI yang bukan penggemar minuman kopi, teh adalah pilihan terbaik sebagai hidangan ganti bagi menghilangkan dahaga.

Beberapa manfaat baik dapat kita peroleh dengan cara meminum minuman teh. Antaranya dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk membakar lemak ketika melakukan aktiviti olahraga. Teh yang terbaik untuk melakukan tugas itu pastinya minuman berasaskan teh hijau.

Sementara itu teh hitam pula dapat membantu memperlahankan proses hidrasi terutama ketika cuaca panas.

Menurut sebuah kajian sebuah universiti kesihatan Jepun, kandungan pH teh dapat mencegah gigi berlubang. Bagaimanapun minuman teh itu tidak boleh ditambah dengan gula atau pemanis tambahan.

Minum segelas air teh hangat dengan sedikit halia dapat menghilangkan rasa mual setelah muntah selain dapat menghilangkan gangguan masalah pencernaan.

Namun, terdapat tiga waktu yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan dan wajar untuk dielakkan.

Justeru, berikut tiga waktu yang perlu dielakkan daripada meminum minuman teh:

1. Sebelum tidur

Minuman teh dapat memberikan tenaga disebabkan kandungan kafein.  Degupan jantung juga akan berlaku dengan cepat dan tidak teratur sehingga menyebabkan anda berasa sukar untuk tidur.

2. Selepas makan

Meskipun minuman teh baik untuk menghilangkan rasa mual dan mengurangkan rasa tidak keselesaan perut, teh turut bersifat sebagai penyerap zat besi dengan cepat.

Sekiranya minuman teh diambil untuk tempoh yang lama, hal itu boleh menyebabkan anemia atau kekurangan sel darah merah.

Pada masa sama minuman teh turut mendedahkan seseorang mengalami masalah kembung perut dan gangguan pencernaan.

3. Perut kosong

Sebelum mengambil minuman teh, disarankan agar mengambil makanan ringan seperti roti terlebih dahulu. Hal ini kerana kandungan kafein dalam teh akan menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung perut atau pedih ulu hati. Minuman teh juga akan mengakibatkan perut berasa tidak selesa dan mual.

Sumber: Instagram cerita kesehatan

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang