Awas! Bukan serang kanak-kanak 10 tahun ke bawah saja, HFMD boleh jangkiti dewasa
PENYAKIT tangan, kaki dan mulut (HFMD) makin menular dalam kalangan kanak-kanak. Tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak antara 'lubuk' yang menyebabkan jangkitan merebak.
Selalu yang kita dengar, HFMD menjangkiti kanak-kanak bawah brusia 10 tahun ke bawah.
Lemah lesu si kecil, ditambah pula lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut, mereka bertambah tidak selesa.
Baca juga: Serang si kecil bawah 6 tahun, bahaya penyakit HFMD, ini ibu bapa wajib tahu
Tekak dan tonsil akan membentuk ulser kecil manakala pada tangan, kaki dan kawasan lampin pula timbul ruam.
Penularan HFMD kali ini bukan lagi kes jangkitan kecil-kecilan. Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 29,781 kes dilaporkan di seluruh negara membabitkan dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.
Manakala bagi kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun iaitu 1,473 kes direkodkan.
HFMD ini berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran. Penyakit ini cepat menular dengan kadar jangkitan hampir 100 peratus dalam kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 10 tahun, terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska, tadika atau sekolah.
Biarpun HFMD dikatakan hanya menjangkiti kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah, orang dewasa seperti ibu bapa atau penjaga tidak terkecuali.
Pakar Perubatan Spruce Internal Medicine, Dr Lori Noble melalui Penn Medicine berkata tidak seperti namanya, HFMD disebabkan oleh virus berjangkit yang tidak hanya memberi kesan kepada tangan, kaki dan mulut, tetapi sebenarnya boleh menyebabkan ruam melepuh di seluruh badan.
"Anda mungkin mengalami ruam yang menyakitkan di dalam mulut, gatal pada tangan, kaki, lengan, kaki, punggung, alat kelamin, perut dan belakang," kata Noble.
Kes HFMD boleh berlaku beberapa peringkat, dari ringan hingga teruk. Ia lebih berkemungkinan memberi kesan kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, dan biasanya hilang sepenuhnya dalam masa tujuh hingga 10 hari.
“Orang dewasa juga boleh dijangkiti virus yang menyebabkan penyakit itu. Walaupun anda mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda virus itu, anda masih boleh menyebarkannya kepada orang lain.
Baca juga: KKM tak galak serbuk kunyit, daun semambu, ini perlu buat jika terkena HFMD
Majoriti jangkitan adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71). HFMD boleh disebarkan kepada orang lain melalui rembesan hidung dan tekak termasuk air liur atau lendir, cecair lepuh atau najis.
Anda juga terdedah kepada jangkitan virus itu melalui empat cara ini:
1.Mempunyai hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti
2.Menghirup udara yang dijangkiti daripada bersin atau batuk orang yang sakit
3.Menyentuh objek tercemar seperti mainan atau tombol pintu
4.Bersentuhan dengan air yang dijangkiti, termasuk air kolam renang
Jika mengalami HFMD, anda adalah yang paling mudah menjangkiti orang lain pada minggu pertama sehingga lepuhan hilang.
Jangan alpa, walaupun gejalanya sudah hilang, anda boleh masih boleh menyebarkan HFMD.
Kanak-kanak sering menunjukkan simptom yang ketara apabila dijangkiti HFMD. Tidak seperti kanak-kanak, ramai orang dewasa jarang menujukkan simptom yang ketara. Menurut Noble, adakalanya simptom yang ditunjukkan tidak mempunyai kaitan dengan gejala HFMD.
Kita seharusnya berwaspada kerana HFMD menular pada semua peringkat umur. Oleh kerana golongan dewasa selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala, meningkatkan tahap kebersihan adalah langkah pencegahan terbaik.
Paling penting, dapatkan pengesahan daripada doktor dan jangan membuat diagnosis sendiri.
Baca juga: Asalnya hanya jangkiti monyet di Afrika, ini cara cacar monyet menular dan tip mengelakkannya
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang