PERINGATAN penting buat penyokong dan penonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di antara Kuala Lumpur (KL) City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini agar lebih berhati-hati dan waspada.

Ini kerana hampir 1,500 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan semasa perlawanan tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium bagi memastikan keadaan keselamatan penonton terjamin serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selain itu, ini perkara yang perlu diambil tahu dan tindakan yang boleh dikenakan;

1. Polis menetapkan pasukan tangkapan, sekiranya ada dalam kalangan penonton ini yang melakukan sesuatu di luar batasan, norma manusia, bertindak ganas atau mencetuskan sebarang provokasi, (akan serta merta ditahan).

2. Penonton diminta untuk menikmati perlawanan itu dan tidak membuat sebarang kekacauan yang boleh mendatangkan huru-hara, sama ada pasukan yang disokong itu menang atau sebaliknya.

Baca juga Varian baru Covid-19, Omicron boleh cetus Pandemik 2.0, 10 fakta penting mengenainya

3. Penonton tidak dibenarkan membawa masuk barangan terlarang ke dalam stadium seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, pemancar laser, mancis, minuman keras, sebarang objek tajam dan dron yang tidak mendapat kebenaran.

Iklan

4. Penonton dinasihatkan agar sentiasa menjaga penjarakan fizikal di dalam stadium, memakai pelitup muka, menjaga tatasusila dan tidak melakukan sebarang provokasi melampau sehingga menimbulkan kekacauan sewaktu atau selepas perlawanan tersebut.

Wah! Peminat bola sepak sudah boleh hadir stadium bermula 29 Oktober ini

Iklan

5. Seramai 20,000 penonton dijangka hadir ke stadium malam ini dan mereka yang tidak lengkap dua dos vaksinasi serta kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki stadium.

6. Orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam ke Stadium Nasional Bukit Jalil kerana parkir agak terhad sekali gus mengelakkan kesesakan.

7. Elakkan melalui jalan-jalan sekitar Bukit Jalil jika tidak bertujuan menonton perlawanan bola sepak tersebut.

8. Patuhi arahan anggota polis bertugas dan pengguna jalan raya tidak dibenarkan sama sekali untuk meletakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar laluan masuk dan keluar stadium.

Baca juga Kailan sayur kaya khasiat, tular RM18 sebungkus terlalu mahal, tidak setara kuantiti

9. Tindakan saman dan tunda akan dilakukan terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas dan diharapkan semua pemandu mengamalkan sikap bersabar dan sopan semasa memandu.

10. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-9205 0222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Perlawanan akhir Piala Malaysia itu juga menyambut ulang tahunnya ke-100 akan berlangsung 9 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil di antara JDT dan KL City FC.

Jadi, jaga tingkah laku setiap masa kerana korang semua diawasi polis!