Awas jauhi pantai, fenomena air pasang besar landa 4 negeri mulai 4 Nov
BUAT warga penduduk atau orang ramai yang berada di kawasan pesisir pantai di empat negeri disaran agar berwaspada sepanjang fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula 4 hingga 7 November ini.
Antara negeri yang terbabit ialah Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali berkata fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menurutnya, ia berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.
Ulas Nor Hisham lanjut, kawasan terbabit adalah di Kuala Muda, Kedah; Perak (Bagan Datuk); Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).
Katanya, orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang ini selain memantau keadaan cuaca.
Selain itu, pengunjung pantai juga dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh tersebut.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim orang awam dilarang memasuki kawasan peranginan pantai di daerah Kuala Langat, Selangor sepanjang fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut yang bermula minggu ini.
Menurutnya, MPKL akan menggerakkan petugas bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terlibat.
Baca juga Kunjungi taman tema, hiburan diskaun 50%, tebus e-baucar tunai bernilai RM10 sekarang!
Katanya, antara kawasan yang dijangka berlaku limpahan air seperti Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.
Dalam pada itu MPKL akan menutup kawasan peranginan pantai dan kemudahan-kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di Pantai Kelanang, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.
Justeru itu, bagi korang yang bercadang bercuti ke kawasan pantai bolehlah mencari aktiviti riadah lain. #staysafe #kita jagakita.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang