BARU-BARU ini tular di media sosial klip video memaparkan keadaan pesakit Covid-19 tiba-tiba rebah dan tidak mampu diselamatkan walaupun diberikan bantuan penafasan. Bagaimana situasi itu berlaku?

Perkongsian daripada Dr Aimi Jaafar secara tidak langsung membantu kita memahami bagaimana pesakit Covid-19 boleh mengalami situasi kritikal secara tiba-tiba.

Oksigen sejenis gas diperlukan semua mahkluk yang hidup untuk bernafas. Oksigen, makanan dan nutrien yang ada di dalam badan kita bergabung untuk menghasilkan tenaga, wap air dan karbon dioksida.

Baca juga Awas Pesakit Covid-19, Walau Sembuh Tetap Alami Gejala. Letih, Sukar Tidur Dan Murung

Dr Aimi menerangkan bahawa paras oksigen normal dalam darah manusia 100 peratus atau paling kurang sebanyak 95 peratus.

“Kurang daripada itu sudah tak normal dan perlu diberikan oksigen tambahan. Paling kurang yang dimasukkan melalui hidung. Bantuan oksigen sebanyak lima liter per minit pun boleh naik sampai 100 peratus kalau paru-paru tersebut sihat dan kuat.

“Biasanya kalau kandungan oksigen dalam darah kita berkurangan, otak akan mengarahkan otot-otot pernafasan bekerja lebih laju dan otot tambahan akan turut sama membantu. Sebab itulah kita nampak kalau orang tengah semput atau asma mereka berusaha untuk nafas, kan?,” jelasnya.

Dr Aimi menerangkan keadaan itu tidak sama bagi pesakit Covid-19 yang mana otak mereka tidak menerima isyarat bahawa oksigen semakin berkurangan. Dalam tak sedar mereka sebenarnya di ambang bahaya.

“Masalah sekarang yang disebabkan oleh Covid-19 adalah orang yang oksigen level 80 peratus pun boleh relaks.

“Tak menunjukkan tanda sesak nafas. Otak tak memberikan signal dan ada teori yang mengaitkan ia dengan gejala hilang deria bau dilami pesakit Covid-19.

“Jadi sebenarnya dia ok ke tak? Takkk, tak ok! Tapi dia pun tidak tahu yang dia tak ok!,” kata Dr Aimi.

Baca juga Awas Pesakit Covid-19, Walau Sembuh Tetap Alami Gejala. Letih, Sukar Tidur Dan Murung

Iklan

Menurutnya, cara untuk mengesan paras oksigen dalam badan ialah dengan alat oximeter yang mana korang perlu berwaspada sekiranya paras oksigen kurang daripada 95 peratus.

Tanda-tanda lain boleh dilihat berdasarkan riak wajah kurang sihat, bibir kebiru-biruan dan hujung jari sejuk membiru.

“Ini semua terjadi kerana oksigen yang sedikit itu tengah nak fokus kepada organ-organ dalaman yang penting. Jadi oksigen tak sampai kat hujung-hujung anggota badan.

“Up to one point, apabila oksigen dah terlalu rendah, paru-paru akan terus shut down, jantung terus stop.

“Waktu tu sudah terlambat. Lebih-lebih kalau tak ada di dalam tempat dengan fasiliti perubatan.
Kalau sempat, boleh terus intubate dan berikan bantuan CPR.

“Petugas kesihatan akan tekan bag oksigen sampailah ada ventilator. Mesin akan ambil alih untuk alirkan oksigen ke seluruh badan termasuk dua organ penting iaitu jantung dan otak.

“Tak adalah doktor suka sangat nak pakai ventilator. Biasanya doktor akan cuba mengurangkan kadar secara sedikit demi sedikit. Tapi kalau kita turunkan dan oksigen dalam badan pesakit drop balik, maksudnya tak boleh lagi.

Sedikit demi sedikit doktor cuba tukarkan ventilator kepada mesin Continuous positive airway pressure (CPAP) kemudian tukar kepada oksigen menggunakan topeng ke nasal prong, sampailah pesakit boleh nafas sendiri. Nikmat yang kita selalu lupakan.

Iklan

Katanya perkongsiannya tersebut bukanlah untuk menakutkan. Ia sebagai peringatan agar kita semua berusaha mengelak dijangkiti dan menjangkiti.

“Fearmongering? Bukan. Just explaining. Somehow this pandemic is giving surprises yang kita tidak jangka. Memang ujian daripada ALLAH. Tapi kita pun kena berusaha.

“Bukan sekadar elakkan diri dan keluarga dari terkena, tapi tanggungjawab untuk pastikan orang lain tak berjangkit. Harap semua faham apa yang nak disampaikan.

Akibat daripada Covid-19 amat menakutkan. Semoga dengan perkongsian daripada Dr Aimi itu kita bersama-sama beringat dan berusaha agar terhindar daripada wabak berbahaya ini.

Sumber: Dr Aimi Jaafar