Ayat ke-9 surah Yaasin pendinding, KP Johor kongsi amalan benteng diri

A
A
A

SIHIR bukan perkara baru dalam kehidupan kita. Ia telah lama wujud dan diamalkan sejak dahulu kala.

Pelbagai jenis sihir yang biasa dalam masyarakat kita seperti penunduk, pukau, lumpuh, pengganggu perkahwinan, pengikat, hilang ingatan atau gila, pendarahan, penutup rezeki, pemisah, santau dan sebagainya.

Dalam era moden ini, pasti ramai yang akan menyangkal dakwaan masih wujud amalan ilmu sihir itu.

Namun sebaliknya bagi Ketua Polis (KP) Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, apabila beliau tidak menafikan amalan sihir yang tidak dapat lari daripada realiti kehidupan masyarakat hari ini.

Ayat ke-9 surah Yaasin pendinding, KP Johor kongsi amalan benteng diri

Oleh itu, beliau berkongsi amalan tertentu sebagai benteng diri daripada terkena sihir.

"Memanglah orang-orang khususnya orang Melayu kitalah, dia tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Dia akan gunalah, tak boleh berdepan dia guna cara halus, tak boleh hak ni dia akan guna bomoh siam, macam-macam ada orang yang terkena banyaklah kan.

"InsyaAllah, ayat surah Yassin kan ayat kesembilan itu pendinding, kalau nak keluar rumah pun baca, InsyaAllah selain daripada ayat Kursi.

"Tetapi nak kena yakinlah, memanglah benda-benda mistik ada, bukan tak percaya tapi kamu jangan yakin mereka yang menentukannya.

"Kita jangan angkuh, tapi kita yakin Allah itu ada, InsyaAllah," katanya ketika Majlis INTAN Executive Lecture Series : Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di INTAN Kampus Wilayah Selatan di Kluang, Johor semalam.

Baca juga Insiden Sambal Nyet Khairul Aming diciplak, wanita tampil mohon maaf. 2 cadangan ini boleh elakkan ia berulang

Ayat ke-9 surah Yaasin pendinding, KP Johor kongsi amalan benteng diri

Menurut portal tempatan, dek kelantangan dan ketegasan Ayob, beliau turut tidak menafikan kemungkinan ada pihak yang tidak suka dan boleh melakukan apa sahaja termasuk sihir ke atas dirinya.

Namun bagi beliau, soal rezeki hidup dan mati bukan ditentukan oleh manusia melainkan Allah SWT tetapi sekiranya ketakutan terhadap makhluk menguasai diri, seseorang itu tidak dapat melakukan pekerjaannya.

Menurutnya, kita tidak boleh angkuh dan bercakap besar serta apa yang paling penting adalah membuat kerja dengan ikhlas.

Bagi Ayob, jika membuat kerja dengan ikhlas kerana Allah, tidak perlu risau lagi dengan perkara-perkara yang lain.

Semoga kita semua dapat jadikan ayat ke-9 Surah Yaasin dan ayat Kursi sebagai amalan agar terhindar daripada sihir dan mistik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca