CUBA bayangkan bahagian kulit ayam yang ranggup dan dimakan ketika masih panas-panas… Hmmm… sedapnya!

Namun, kita mungkin telah dididik sejak awal bahawa lebih baik tidak mengambil terlalu banyak kulit ayam terutama jenis bergoreng dalam pemakanan seharian kita.

Tahukah korang apakah sebabnya?

Menurut Nutritionist Kementerian Kesihatan (KKM), kulit ayam ini menakung kalori dan lemak tepu yang tinggi mengikut peratusan zatnya.

Lemak tepu tersebut adalah lemak yang likat dan jika masuk ke dalam badan kita dan agak sukar untuk diuraikan menjadi zat, akhirnya digunakan sebagai pembinaan badan serta tenaga.

Justeru, lemak tepu itu akan berkumpul di dinding-dinding salur darah yang menyebabkan penyumbatan menjadikan risiko lebih tinggi untuk menghidapi serangan jantung, darah tinggi, strok dan lain-lain lagi.

Kandungan dalam setiap 100g kulit ayam;

  • Kolesterol 180m
  • 435 Kcal
  • Lemak tepu 11.80g

Bahaya! Risiko 3 penyakit jika makan kulit ayam berlebihan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berisiko untuk;

1. Kenaikan berat badan

Kulit ayam mengandung banyak kalori, apalagi jika digoreng dengan tepung. Jadi, jangan hairan jika korang mengalami kenaikan berat badan bila sering makan kulit ayam goreng.

Bahkan, bila pengambilan kulit ayam tidak segera dikawal korang akan mengalami berat badan berlebih (overweight) atau obesiti.

Kedua-dua keadaan ini akan meningkatkan risiko terkena penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung, hipertensi atau strok.

Iklan

2. Darah tinggi

3. Penyakit jantung

Pengambilan kulit ayam yang terlalu banyak atau banyak kali dapat meningkatkan risiko terjadinya penyakit jantung, tambah lagi jika kulit ayam diambil bersama makanan tinggi kolesterol lain seperti junk food atau gorengan.

Iklan

Hal ini kerana kelebihan kolesterol dalam darah berkumpul pada dinding pembuluh darah dan membentuk plak.

Baca juga Guna bahan kitar semula buat baju dan dulang, Olimpik Tokyo 2020 memang hebat

Plak tersebut akan menyebabkan aterosklerosis, iaitu penyempitan pembuluh darah arteri. Jika ia menyempit pada pembuluh darah jantung, boleh menjadikan kepada penyakit jantung koroner.

Justeru, korang dinasihatkan supaya tidak mengambil secara berlebihan menu berasaskan kulit ayam terutamanya yang bergoreng kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

Sumber: NutritionistKKM