Bantuan bagi individu hilang pekerjaan RM500 'one-off' Oktober ini

A
A
A

SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara kita, ramai rakyat yang terkesan dari segi pekerjaan dan kewangan.

Ada yang dikurangkan gaji, dipotong elaun mahupun diberhentikan kerja.

Menyedari kesusahan rakyat, kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid-19 (BKC) serta Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

BKP ini melibatkan peruntukan sejumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun, demi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, terutamanya golongan yang mudah terjejas.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi pakej Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri ketika itu, BKP bernilai RM500 akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

Menurut kenyataan terkini oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Shahar Abdullah, bantuan ini akan disalurkan pada bulan Oktober ini, namun tarikh rasminya belum diumumkan lagi.

Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat melalui Menteri Kewangan.

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)

Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan, dengan bayaran sebanyak RM500 secara 'one-off'.

Baca juga Cepat mohon! Permohonan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia kini dibuka

Selain itu, menurut kenyataan di laman web Kementerian Kewangan (MOF), pemberian bantuan tersebut berdasarkan data dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO pada 2021.

Seperti BKC, semakan silang akan dilakukan dan mereka yang kehilangan pekerjaan tidak perlu memohon.

Untuk maklumat selanjutnya tentang semua pakej PEMULIH, sila rujuk laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan http://belanjawan2021.treasury.gov.my/pdf/pemulih/infografik-pemulih.pdf

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca