BANJIR adalah bencana alam yang selalu berlaku di Malaysia menyebabkan kerugian berjuta ringgit.

Bukan sahaja nyawa melayang dan terancam, harta benda pun banyak yang rosak.

Justeru, bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat musibah banjir, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600 (LZSPeduli).

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bantuan tersebut juga bagi menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

Permohonan bantuan banjir sebanyak RM600 secara one-off boleh dibuat oleh penduduk atau pemastautin Selangor secara online melalui Portal Lembaga Zakat Selangor mulai 23 hingga 30 Disember 2021 ini.

Berikut dikongsikan info dan penerangan dengan teliti bagi melancarkan proses permohonan anda serta penyaluran bantuan.

Syarat kelayakan umum agihan LZSPeduli:-

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
  • Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

*Pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf juga boleh membuat permohonan.

Cara permohonan;

  1. Permohonan secara individu (ketua keluarga);
  2. Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  3. Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat

Zakat perniagaan

Selain itu, ini kaedah permohonan BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf;

Iklan
  • Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  • Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  • Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

Nota : Kaedah Siasatan adalah berdasarkan dokumen lampiran.

Baca juga Maybank tawar Bantuan Sokongan Banjir, tuntutan insuran mudah hanya guna Whatsapp

Iklan

Pembayaran dibuat dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Talian Zakat Selangor.

Semoga bermanfaat!