BAGI individu yang terkesan banjir seluruh negara, kini Maybank ada menawarkan Bantuan Sokongan Banjir kepada pelanggannya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bantuan Sokongan Banjir itu ditawarkan kepada individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas berikutan kejadian banjir akibat hujan lebat sejak beberapa hari yang lalu.

Maybank dalam satu kenyataan berkata, bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

Baca juga Rumah rosak akibat banjir, ini cara tuntut pampasan insurans, LPPSA, PBT

Bantuan Sokongan Banjir direka bentuk untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir dan akan merangkumi penangguhan pembayaran pembiayaan atau pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.

Selain itu, pihaknya juga menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.

Dalam pada itu, Maybank turut memberikan pengecualian caj lewat bagi kad kredit pelanggan yang terjejas.

Pelanggan boleh memohon Bantuan Banjir melalui dua saluran mudah melalui;

I. E-mel ke floodrelief@maybank.com dengan menyediakan nama atau nama syarikat, nombor kad pengenalan/ Pendaftaran Perniagaan, nombor telefon, alamat lokasi yang terjejas, jenis pinjaman/ produk (contohnya; Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Bertempoh) serta Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli).

II. Lawati atau hubungi mana-mana cawangan kami, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Kewangan Auto (yang berkaitan) di seluruh negara.

Semua permohonan akan dinilai berdasarkan kes demi kes.

Sementara itu, cabang insurans, Etiqa juga telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful serta tanpa borang atau dokumen sokongan.

banjir

Untuk mengemukakan tuntutan, pemegang polisi atau pemegang sijil masing-masing boleh:

I. Hantar mesej teks, gambar atau video banjir ke nombor Whatsapp 24 jam khusus:

Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis 011-1630 6646

Iklan

Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak 018-226 3288
atau

II. Hubungi Talian Penjagaan Tuntutan Banjir 

Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis – 03-2692 8188

Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak – 03-4270 7735 /
03-4270 5068.

Iklan

Baca juga Dokumen hilang, musnah, mangsa banjir boleh buat IC, lesen, pasport percuma

Tuntutan yang dibuat di lokasi atau cawangan untuk jumlah kurang daripada RM20,000 akan diluluskan serta-merta.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sokongan Banjir, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Maybank.

Semoga bermaat. Jaga keselamatan semua!