Banyakkan amal soleh, mohon keampunan, bulan Syaaban amalan tahunan kita diangkat. Usah lepas peluang

REJAB sudah pun berlalu, hari ini Syaaban 1444 Hijrah pula menjelma. Moga diberi kesempatan oleh ALLAH untuk kita bertemu dengan Ramadan.

Umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan dalam bulan Syaaban.

Pada tahun ini kita menyambut 1 Syaaban pada 22 Februari 2023, Rabu manakala 15 Syaaban (Nisfu Syaaban) pada 8 Mac 2023, Rabu depan.

Ini bermaksud, tarikh malam Nisfu Sya’ban akan disambut pada 7 Mac 2023 (Rabu) selepas masuk waktu Maghrib.

Kelebihan bulan Syaaban dan malam nisfu Syaaban;

1. Menurut info dari JAKIM, dalam bulan Syaaban ini amalan tahunan kita diangkat malaikat kepada ALLAH SWT.

2. Justeru, kita digalakkan untuk memperbanyak amalan soleh serta memohon keampunan kepada-Nya.

Kelebihan puasa sunat bulan Syaaban;

Baca juga Banyakkan puasa, rebut amalan bulan Syaaban

3. Dalam pada itu, umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak puasa sunat dalam bulan Syaaban.

Niatnya: نويت صوم شهر شعبان سنة لله تعالى

“Nawaitu sauma syahri sya’ban sunnatan lillahi Ta’ala.”

Maksudnya : Sahaja aku niat puasa sunat bulan Sya’ban kerana ALLAH Ta’ala.

Hadis Riwayat an-Nasai No: 2317, Status: Hasan yang bermaksud:

“Bulan Rejab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadan waktu menuai hasil”.”

Jadi, ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Syaaban ini.

Iklan

Sementara itu, ini doa-doa yang boleh diamalkan sepanjang bulan Syaaban;

Jom kita sama-sama memperbanyakkan doa-doa ini ketika di bulan Rejab dan Syaaban, semoga Allah swt kurniakan buat kita kekuatan dan kembalikan semula penghayatan kita untuk lebih giat beribadah nanti di bulan ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, insya-ALLAH.

Baca juga Makruh puasa selepas pertengahan bulan Syaaban?

Doa 1

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya ALLAH, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadan.”

Iklan

Doa 2

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksdunya: “Ya ALLAH, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”

Mintalah juga pada ALLAH SWT agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada ALLAH SWT pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima ALLAH SWT.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.