Barangan penuh sampai block laluan penduduk flat buat ramai bengang, ini tanda jika diri terkena hoarding disorder

Barangan penuh sampai block laluan penduduk flat buat ramai bengang, ini tanda jika diri terkena hoarding disorder
Barangan penuh sampai block laluan penduduk flat buat ramai bengang, ini tanda jika diri terkena hoarding disorder
A
A
A

Barangan penuh sampai block laluan penduduk flat buat ramai bengang, ini tanda jika diri terkena hoarding disorder

ADAT hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian tetangga.

Selain itu, sebagai seorang jiran juga, kita perlu mengetahui batas-batas terutamanya melibatkan hal-hal peribadi dan hak milik orang lain.

Pun begitu, tidak dinafikan masih ada lagi sesetengah daripada jiran yang sering berkelakuan aneh seolah sengaja menyusahkan orang sekeliling.

Seperti yang terjadi kepada seorang pengguna Twitter dikenali @Aidilsundae yang tampil meluahkan rasa tidak puas hati apabila jiran kakaknya membuat longgokan pelbagai barangan di hadapan rumahnya sehingga menyukarkan jiran-jiran lain untuk menggunakan laluan di situ.

Menerusi ciapannya, laluan di hadapan rumah itu tidak boleh diakses langsung oleh penduduk lain dek lombokan barangan misalnya seperti bungkusan plastik, kotak dan pakaian.

"Aku tak tahulah ni rumah atau tempat penyimpanan sampah. Ni dekat sebelah rumah kakak aku. Disebabkan banyak sangat barang dia kumpul sampai susah nak jalan.

"Ayah aku pula pakai wheel chair, jadi satu kerja kena pusing satu floor untuk pergi ke lif sebelah rumah dia. Sepatutnya laluan dekat je, tapi terus jadi jauh… geram tengok sampah-sampah ni," tulis Aidil.

Baca juga Tanpa modal besar, DIY hias bilik air bajet tak perlu renovate

Kredit foto: Inzmam Khan

Difahamkan, kakak Aidil pernah membuat laporan berhubung dengan hal tersebut, akan tetapi masih belum ada sebarang tindakan dibuat.

"Kotor tempat ni. Aku tak tahulah dia ada penyakit apa sampai kumpul segala jenis barang dekat luar rumah.

"Sebenarnya, kakak aku pernah buat report. Tapi masih tak jalan. Owner rumah buat tegak (tak peduli) je. Selfish sangat, geram!

"Kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pun akak aku pernah report. Pengurusan flat ni? Tak jalan juga. Tak fahamlah.

"Kakak aku dah report dekat pejabat berkaitan. Dan akak aku cakap report pun tak jalan. Hopefully, lepas viral ni ada tindakan daripada MBPJ atau pihak atasan.

"Kesian akak aku dan orang Projek Perumahan Rakyat (PPR) ni nak kena hadap sifat pentingkan diri tuan rumah ni," katanya lagi.

Yelah, apabila lama sangat orang lain hadapi kesusahan untuk lalu ke lif. Sabar sekali dua, lama-lama naik ‘panas’ juga kan.

Meninjau ke ruangan komen, warga maya rata-ratanya mengecam perbuatan penghuni rumah tersebut. Ada antaranya mengaitkan bahawa sikapnya itu mungkin berpunca daripada penyakit berkaitan mental iaitu hoarding disorder.

Bagaimanapun terkini, hari ini rumah tersebut sudah kemas sedikit.

"Harini rumah tu dah kemas sikit. Akak aku cakap malam tadi diorang kemas. Tapi, maybe sekejap je. Sebab before this pun pernah kena report. Dia kemas, lepas tu dia kumpul balik," ciap Aidil sebentar tadi.

Baca juga Bijak maksimumkan ruang walau rumah kecil, idea wanita ini bina loteng satu alternatif menarik

Sementara itu, ini info berkaitan hoarding disorder dan ketahui tanda-tanda anda menghidapnya;

1. Selalunya, orang yang mempunyai masalah ini ada timbunan barang yang amat banyak di rumah. Individu yang menjadi hoarder atau pengumpul barang selalunya sukar untuk berpisah dengan barang-barang kepunyaannya.

Mereka mempunyai ikatan emosi, fizikal, dan sosial dan kadangkala kewangan terhadap barang yang mereka simpan. Walau bagaimanapun, bukan semua orang yang simpan barang dikategorikan sebagai hoarder.

2. Kadang-kadang, barang mereka terlampau banyak dan bersepah sehinggakan individu tersebut tidak dapat akses ke bahagian lain rumah mereka. Mereka juga akan jadi sensitif jika barang mereka dibuang atau dialihkan. Hoarding disorder berlaku kepada 2 – 6% daripada populasi di seluruh dunia. Penyakit ini juga lebih biasa dalam kalangan lelaki daripada perempuan.

3. Antara tanda-tanda individu yang mengalami penyakit ini ialah;

  • Sukar untuk membuang barang.
  • Rumah, kereta atau pejabat bersepah dan dipenuhi barang.
  • Boleh hilang barang penting dalam timbunan barang.
  • Gemar ambil barang-barang percuma.
  • Tidak akan menjemput sesiapa ke rumah kerana takut ataupun malu.
  • Tidak akan membaiki rumah.
  • Beli barang kerana ada diskaun ataupun untuk simpan sebagai stok di rumah.
  • Tidak boleh susun barang mereka.
  • Takut untuk buang barang kerana fikir ia akan digunakan nanti.

4. Oleh itu, mereka yang hidup seorang diri, tidak berkahwin, miskin semasa membesar, ada sejarah keluarga yang turut lakukan perkara yang sama dan sudah biasa hidup dalam keadaan bersepah adalah mereka yang berisiko untuk menjadi hoarder.

Baca juga Sindrom Prader-Willi: Penghidap tak pernah rasa kenyang walau makan sebanyak mana pun

5. Hoarding disorder adalah satu tanda individu tersebut mungkin alami obsessive-compulsive personality disorder (OCPD), obsessive-compulsive disorder (OCD), attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD), depresi, keresahan (anxiety) ataupun nyanyuk (dementia).

Ada kajian yang mendapati bahawa 1 daripada 4 penghidap OCD mempunyai masalah mengumpul barang.

6. Selalunya, penghidap hoarding disorder akan menjalani rawatan dan menerima ubat yang sama seperti pesakit OCD. Namun, kadang kala rawatan ini tidak berkesan kepada pesakit hoarding disorder.

Pesakit perlu mempunyai strategi sendiri untuk melawan nafsu masing-masing. Antaranya adalah elakkan daripada kerap membeli barang sewaktu keluar rumah.

Sumber: Hello Health Grup

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca