Bateriku.com kena ‘prank’ terima pesanan makanan dari 15 rider bernilai RM500!

A
A
A

BARU-BARU ini tersebar berita yang mana seorang lelaki yang merupakan pekerja kontrak syarikat Bateriku.com yang menuduh penghantar pesanan makanan (rider) mencuri makanan yang dipesannya melalui aplikasi Grab Food telah dikenakan tindakan gantung kerja dengan serta- merta.

Susulan kejadian itu, semalam, syarikat tersebut sekali lagi menjadi bahan bualan warganet apabila tular pula berita yang mana mereka telah menerima ‘prank’ pesanan makanan yang dihantar ke alamatnya.

Dalam satu kenyataan, Bateriku.com memaklumkan, dipercayai terdapat pihak tidak bertanggungjawab dengan secara sengaja telah membuat pesanan palsu sekali gus menyusahkan 15 penghantar makanan Foodpanda.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari dan pihak Bateriku.com menyatakan bahawa mereka tidak membuat apa-apa pesanan yang keseluruhannya bernilai RM500.00 dan perlu dibayar secara tunai.

Artikel berkaitan : Padah Tuduh Rider ‘Curi’ Makanan, Majikan Gantung Kerja Serta-Merta

“Kesemua penghantar makanan menyatakan bahawa mereka menerima pesanan ‘prank’ yang beralamat di pejabat kami yang mana mereka menunjukan bukti pesanan makanan di aplikasi mereka.

“Kesemua jenis pembayaran untuk pesanan makananan yang ditempah adalah secara tunai berjumlah hampir RM500,” menurut kenyataan tersebut.

https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyarakat/padah-tuduh-rider-curi-makanan-majikan-gantung-kerja-serta-merta/Bateriku.com juga telah memaklumkan kepada Foodpanda untuk menghentikan sebarang penghantaran makanan kepada alamat syarikat tersebut.

Namun, atas keprihatinan syarikat Foodpanda juga tidak mengenakan sebarang caj pembayaran susulan kejadian itu.

Akhirnya pesanan makanan ‘palsu’ yang dipesan menjadi sajian makan tengah hari oleh ‘rider’ Foodpanda dan pekerja Bateriku tambahan pula ketika itu juga adalah ‘lunch hour’. Kata orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari!

Sehingga kini individu tidak bertanggungjawab ke atas prank itu dan apakah motif di sebalik kejadian terbabit masih belum diketahui.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca